Barang Keperluan Baby
Assalamualaikum.
Kalau nak diikutkan hari memang belum cukup kandungan 7
bulan. Lagi 2 hari baru genap 7 bulan. Tapi masa yang ada untuk shopping
barang-barang baby cuma hari ahad. Ye, sebab sabtu pun saya dan suami kerja. Suami
half day, tapi saya sama jugak dengan hari-hari yang lain. Pukul 4 petang
paling awal boleh balik. Ko hado? Ok, disebabkan esok hari ahad, dan ngam-ngam
hujung bulan, kira ngam-ngam jugaklah masuk 7 bulan baby ni, so saya dan suami
nak shopping barang-barang baby!!! Yahooo! Mak jemah suka nok. Bukannya apa, saya
ni berangan-angan nak beli barang baby sejak belum kahwin lagi. Sapa tak suka
tengok baju baby yang comel kiut miut tu? Tambah-tambah baju baby girl. Kan? Tapi
time tu nak beli untuk sapa. Nak beli untuk simpanan hari muka ntah bertemu
jodoh entahkan tidak kan. So kalau
dengar kawan-kawan yang dah kawin dapat baby, time tu la ambil kesempatan pegi
beli untuk hadiahkan. Puas skit hati. Selalu pegi pasaraya atau kedai barangan
baby yang selalu tengok mestilah bajunye. Tapi dekat-dekat nak masuk 7 bulan
hari tu, saja la pegi tengok betul-betul. Then saya tertanya sendiri ni benda
apa ni?? Sebab saya tak tau fungsi benda tu untuk apa. Saya ni kalau nak tau
apa-apa suka nak google je. Maklumlah, teknologi di hujung jari saja. Lepas google
‘BARANG KEPERLUAN BABY’ ohhh!!! Saya baru tau rupa-rupanya barang baby baru
lahir bukan setakat baju, tilam dan bedak je. Ada banyak wooo.
Jadi bila dah tengok-tengok di internet, mudahlah nak buat
list barang. Kalau tak tau tu barang apa, google image tengok benda tu macam
mana. Mudah sangat. Mak jemah yang jakun ni pun dah expert kot. Walah gitu. Bila
list dah siap, saya hulurkan kat suami. The first thing yang keluar dari mulut
dia, “banyaknye..”. Kau baru tau banyak. Hehehe. Itu lah sebab saya halang
suami dari beli motor baru. Bayangkanlah dia nak motor besar yang ala-ala
Velentino Rossi pakai tu. Suami ko hado berangan macam tu. Saya cakap kat suami
boleh beli tapi tunggu anak masuk sekolah dulu. Tapi sejak-sejak dia tengok
list barang baby tu tak ada lah pulak dia cakap-cakap pasal motor lagi. Kuss semangat.
Ok, saya share la jugak kan senarai barangan baby yang saya
dah list out kan. Ada yang betul-betul kena beli, ada yang tak payah beli pun
takpe. Ikut kemampuan dan keperluan.
PAKAIAN BABY
1.
Baju lengan pendek
2.
Baju lengan panjang
3.
Seluar pendek
4.
Seluar panjang
5.
Rompers
6.
Mittens & booties
7.
Topi
8.
Hair band (sebab anak pempuan nak jugak!)
9.
Baby bip
10.
Sapu tangan
11.
Selimut baby
12.
Tuala baby
13.
Bedung
14.
Barut
KEPERLUAN BABY
1.
Set tilam baby
2.
Kelambu baby
3.
Baby car seat
4.
Breast pump
5.
Sterillising tablets
6.
Botol susu 3 saiz (BPA FREE)
7.
Breast milk storage bottle
8.
Puting botol susu
9.
Liquid cleanser for bottles
10.
Bottle & nipple cleaning brush
11.
Penyangkut baju berklip
12.
Penyangkut kecil
13.
Bakul baju baby
14.
Bakul baby care & grooming
15.
Bakul mandian baby
16.
Bakul baju kotor
17.
Bottle holder / warmer
18.
Beg pakaian baby
19.
Steriliser container
DIAPERING
1.
Napkin
2.
Diapers (new born)
3.
Changing mat
4.
Baby pin
5.
Liquid detergent (untuk baju baby)
6.
Diaper bag
BABY CARE & GROOMING
1.
Bedak baby
2.
Losyen baby
3.
Baby oil
4.
Baby bath
5.
Baby shampoo
6.
Baby bath tab
7.
Baby bath mat
8.
Baby wipes / wet tissue
9.
Tissue
10.
Baby nail clipper set
11.
Sikat baby
12.
Cotton buds
13.
Cotton balls
14.
Nappy rash cream (PUREEN)
15.
PUREEN rekito mosquito repellent liquid
16.
Nasal aspirator (tiub untuk sedut hingus)
17.
Minyak telon / minyak yuyi
18.
Vicks
19.
Syringe for medicine
20.
Termometer
21.
Methylated spirit (dibekalkan oleh hospital)
OPTIONAL (TAK BELI PUN TAKPE)
1.
Stroller
2.
Bouncer
3.
Electric steam steriliser (BPA FREE)
4.
Electric bottle warmer
5.
Nipple cream
6.
Play pen
7.
Baby cot
8.
Buaian & kain buaian
9.
Susu tepung (tak payah lagi)
10.
Tupperware susu
11.
Nappy liner
12.
Baby toothbrush (untuk gusi baby)
KEPERLUAN IBU
1.
Kad lawatan hospital (kad merah)
2.
IC
3.
Phone / kamera
4.
Baju / blouse yang ada bukaan depan
5.
Stoking
6.
Kain batik
7.
Barut
8.
Set bersalin (jamu)
9.
Tungku
10.
Breast feeding bra
11.
Underwear
12.
Breast pad / nursing pad
13.
Strech mark cream
14.
Kerusi toilet
15.
Maternitypad / pad biasa
16.
Selipar
17.
Skaf kepala / tudung
18.
Peralatan mandi
19.
Tuala mandi
20.
Tuala muka
21.
Air . minyak selusuh
22.
Minyak angin
23.
Air zam-zam
& air yassin
24.
Air masak / susu / milo / kurma / biskut
25.
Termos air panas
26.
Baju sejuk
27.
Sikat & bedak
28.
Yassin & majalah
29.
Beg baju
30.
Beg plastik
Bie..berapa budget untuk semua ni???
Sabtu, September 29, 2012 | | 0 Comments
Muni's Engagement 20.08.12
Assalamualaikum.
Muni. Budak satu office yang kalau orang tak kenal, orang kata dia blurrr. Yeah?? Well, biarlah apa pun orang nak cakap, bagi saya, Muni adalah opismate yang paling besst, yang paling superb tahap gaban. Mengapakah sangat tinngi menggunung I puji dia nih?? Sebab dia memang best ooo.. First thing yang saya suka kat budak Muni ni ialah..dia ni tak pernah marah. Korang marah la dia apa pun, dia tak balas balik. Korang kata lah apa pun kat dia, dia cool aje. Sampaikan saya naik segan dengan dia sebab saya ni sikit-sikit nak naik angin. Kalau dah naik angin, maka ributlah di office itu. Sejak Muni kerja dekat tempat saya, saya belajar untuk control my emotion. Cheewah!
Ok, mari saya kenalkan Muni kepada anda..
1, 2, 3...
| Itu..di belakang tu.. |
Mari berkenalan dengan soeorang lagi insan di office...
| Bob..Abg Bob. |
Apa kaitan abg Bob dengan budak Muni pulak ni. Haa.. ini
yang saya nak story kat u’olls. Biasalah bila ada je yang bujang-bujang di opis
tu, cepat je mengkeme nak kenenkan kan..? Yelah umur masing-masing dah nak
masuk 30tahun. Kertu mak jemah ooii. Dan apabila si Muni ni start keja, konon
bila dengar je ada staff admin baru nak masuk, maka serentak dengan itu meroyan
lah semua staff lelaki kat opis. Sebab apa, selain daripada saya yang menjadi
satu-satunya perempuan kat situ, memang jakun serba-serbi deme ni. Tak boleh
lah nak ngorat saya kan. Sebab dah tentu-tentu husband i keje kat tempat yang
sama.
So, nak dijadikan cerita abg Bob ni dalam misi mencari
cinta. Cheewah. Bos saya, En. Suradi yang ambil Muni ni kerja pun tak kurang
sportingnya bila dia sendiri yang start kenen kan diorang berdua. Wahh, bos
aku. Ada je benda yang nak disakat. Sakat punya sakat sampai En. Suradi ni dah
transfer ke tempat lain pun tak menjadi jugak. Adoii! Payah jugak diorang ni. Macam
mana nak menjadi kalau masing-masing malu. Abg Bob pun..kau tu lelaki. Kau nak
ke tak nak? Takkan Muni pulak yang nak start dulu. Si Muni ni, daripada caranya
memang suka kat abg Bob ni. I tau lah hati perempuan. Tak boleh tipu.
Sampai dekat setahun jugak kisah diorang ni. Malas nak masuk
campur, saya pun diam jelah. Tak mau lah nak sibuk-sibuk hal orang kan. Kang diorang
kata I ni mak jemah. Tup tup..KOME DAH NAK BERTUNANG!! Amagat! Serius ke korang
ni? Bila korang bercinta??? Kenapa aku tak tau? Owh sudah jodoh kamu wahai
Muni. Alhamdulillah.
Maka dengan itu, berlangsunglah majlis pertunangan sederhan
tapi meriah pada hari raya kedua baru-baru ni.. semoga kekal ke anak cucu. Masa
bertunang ni banyak cabaran. Tapi korang jenis cool kan. I tau.. Jeles pulak.
Sabtu, September 22, 2012 | | 0 Comments
Langgan:
Catatan (Atom)
visitors counter
About Me
- Edati Karim
- Seri Manjung, Perak, Malaysia
- simple, perfectionist, sensitive, luv fashion & music..

