Go Red Warrior!

wah..lamanye x nulis.. rindu bangat nih.. byknye citer yg i x story kat u all. U all? Ade sesiapa yg baca ke? Lantak situ. Aku tengah dgr lagu cari jodoh by wali band. Band indonesia. Siok jgk lagu ni. Kelakar jgk. “dari musim durian hingga musim rambutan” kuang..kuang..kuang.. nape musim durian? Nape musim rambutan? Bt la musim hujan ke, musim demam ke, musim demam af ke.. oppss sori. Indon ader ke af? Ok lah tu.. lagu ni unik. I like. Thumb up! Hari ni, week 50, 14 december 2009, week rikers dah start. Aku bgn awal jgk la. Kul 6.45 pagi. Awal ke?? Yela.. aku tak leh solat. Cuti.. bila aku smpai ofis, aku duk jeling dari dalam kete ader ke org pakai baju merah yang baru ni. Uniform baru kami utk projek rikers ni la. Aku takut jugak klau aku sorg je yang beria2 pakai. Ish.. mula2 tu xnmpak sape2 pun kat luar ofis. Slalu ader la diorg duk nyusun rokok dalam van, duk menghidas rokok kat kaki lima tu.. ha, nmpk abg zaidi di sebalik van. Dia pakai bj ape hah? Bj merah ke? Ok, bj merah! Baru aku berani kuar kete. Em..smpai je dlm ofis, mak ai, sakit mato den. Merah nye mak ngah... aduh, smua dah pakai bj merah ni.. cun siot! Smart! Bagus.

30.10.2009

pada tepat jam 1.30 tghari, wan aku (sebelah ayah) telah menghembuskan nafas yg terakhir.. hari jumaat yg cukup indah, di waktu semua anak-anak lelakinya yang seramai 6 orang tu (tolak pak cik jefry) pergi menunaikan solat jumaat. Hanya menantu2 yg ada di sisi termasuk mak aku. Sedih bukan kepalang. Akhirnya wan pergi. Terlalu cepat. Sangat cepat. Aku bukanlah cucu yg rapat dengan wan tp kehilangan wan amat dirasai. Pertama kali merasai satu kehilangan besar.. Al-Fatihah buat wan tersayang..

Fasting Fighting!

sekejap je rasanya masa berlalu. Hari ni dah 12 hb 8.. emm..dan hari ni adalah hari terakhir aku bayar puasa. Yap. Hari kelapan. Macam tak percaya kan? Hari isnin tu puasa rasa macam nak mati dah tu. Yela, aku tak sahur, pastu , malam sebelum tu aku makan bihun je. Awal pulak tu aku makan. Pukul lapan. Mana tak tak ada tenaga esoknya. Ha..malam tadi aku dah prepare siap2 dah. Aku makan nasi goreng banyak.. sebelum tido aku makan lagi nasi goreng yang tinggal. Pastu bancuh air teh secawan dan minum! Ah, kenyang betul. Hari ni harap2 tak lapar dan tak letih sangat la hendaknya. Em..aku musykil sesuatu la. Officemate aku yang sorang ni. Pempuan la. Dia tak ganti puasa ke? Masa aku start ganti puasa sebulan yang lepas, dia kata dia tak tau bila nak start ganti. Maknanya dia tak ganti lagi la. Then aku tengok dia setiap hari dia tak puasa. Sampai la ke hari ni. Dia kata dia tinggal puasa 9 hari kot. Macam tu la. Tapi bila dia ganti? Nak kata ari ahad, dia sendiri kata puasa masa cuti rasa lama, baik puasa hari bekerja. Masa tahun lepas pun, dia macam ni jugak. Ish, aku malas nak ambil tahu hal orang ni. Tapi aku jadi tertanya2 sendiri la. Sapa nak tolong jawab ni??

Hanya Ingin Kau Tahu

ku tlah miliki rasa indahnya peritku
rasa hancurnya harapku
kau lepas cintaku
rasakan abadi
sekalipun kau mengerti
sekalipun kau fahami
ku fikir ku salah mengertimu
oo..aku hanya ingin kau tahu
masaknya cintaku
tingginya khayal ku bersamamu
ku tlah lalui
waktu yang terseksa kini
di setiap hariku
di sisa akhir nafas hidupku oo..oo..
walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
hanya ada dalam anganku
ku lewati itu..

aku tengah dengar lagu hanya ingin kau tahu by band repvblik ni. Aku tersentuh hati. Aku rasa inilah lagu terbaik yang aku pernah dengar. Bait2 lirik yang sangat puitis ni, ada kaitan dengan aku yang mengharapkan cinta seorang yang bergelar lelaki. Lelaki? Siapa lelaki itu. Dulu ya, ada. Dan aku yakin dengan pilihan aku. Tapi sekarang, setelah dia tinggalkan aku, mungkin tidak akan ada lagi erti cinta sejati bagi aku. Kadan-kadang aku terfikir sendiri, bagaimana perjalanan cinta mereka yang telah bergelar suami isteri. Adakah mereka lalui hari yang tersiksa seprti aku sekarang? Aku tak pasti. Aku tak pernah bertanya tentang itu.

Aku mengharapkan datangnya cinta. Daripada seorang lelaki yang aku tak minta perfectnya dia tu. Memang aku selalu memandang tinggi seorang lelaki yang berjawatan tinggi, segak bergaya dengan persalinan rekaan armani exchanged maybe, atau mungkin prada dan alfred dunhill. Sesekali melintas terbau haruman ermenegildo zegna sambil membimbit beg montblanc atau salvatore ferragamo.. Dan aku sering melirik lama pada jejaka yang menyusur di atas jalan raya berkereta mewah. Bmw? Handa accord? Camry? Ya, aku akui itu. Tapi hati aku tidaklah mengharapkan seseorang seperti yang aku pandang. Aku tidak mengharapkan itu daripada lelaki. Aku mahukan dia. Dia yang sederhana orangnya. Dia yang bersama aku kala susah dan senang aku, kala sedih dan gembiranya kehidupan aku.. dan aku mahu lalui hari-hari bersama dia. Walau siapa pun dia.

Aaarrgghhh.. bosan sungguh hari ni. Bos tak ada dan aku tengah ngantuk ni. Aku nak turun nyembang dgn abg khallil kat bawah macam malas je. Nak pasang radio kuat2 2nd bos tgh buat keje kat bilik sebelah ni. Takut ganggu pulak nanti.

Share This With Me Ya!

Sesungguhnya Allah tahu apa yang ditakdirkan kepada setiap hambanya. Dan segala-galanya kuasa Dia. Kita sebagai manusia hanya merancang, selebihnya Dia yang tentukan. Jodoh, pertemuan, ajal, maut semua kita tak tahu. Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Kita harus mengerti bagaimana untuk berterima kasih atas kurniaan tu.

Putus cinta?? Aku pun penah rasa apa yang korang rasa sekarang. Situasi yang sama cuma jalan cerita berbeza (mungkin). Mula-mula memang tak dapat terima hakikat kehidupan ni. Aku lalui jugak walau aku sedar aku pada mulanya hampir bunuh diri (tak akan) . Akhirnya aku berjaya lawan segala perasaan yang datang. Aku yakinkan diri yang dia bukan tercipta untuk aku. Aku mungkin ditakdirkan dengan seseorang yang lebih layak untuk bertakhta di hati aku, yang boleh menjaga aku dan boleh membimbing aku.. aku faham perasaan korang sekarang. Tapi aku nak tolong banyak sangat pun tak mampu. Cuma mampu beri nasihat dan pandangan. Selebihnya terserah pada korang. Keputusan di tangan korang sendiri.

Jodoh?? Allah tahu apa yang ditentukan buat hambanya. Aku yakin setiap manusia di muka bumi ini ada bahagiannya tersendiri. Hidup ada suka, ada duka. Ada gembira ada tangisnya. Dan setiap daripada kita akan merasai semua tu. Semua. Seperti aku. Aku pernah rasa duka bila ditinggalkan kekasih yang tak setia. Tapi still gembira sbb aku seorang manusia yang masih ada keluarga yang lengkap walau tidak sempurna segala dan aku mendapat pendidikan yang baik – ke tahap universiti. Korang pun macam tu.. mungkin ini bahagian duka korang di atas muka bumi ni dan sama ada bahagian suka dah dilalui atau belum, aku sendiri pun tak pasti. Yang pasti, bertawakallah pada Yang Satu. Semoga apa jua rintangan dan halangan yang mendatang akan kita semua tempuhi dengan sabar dan keadaan kewarasan itu penting!

Buat masa sekarang memang korang akan rasa sangat tertekan dengan keadaan (bg yg baru putus cinta), tapi korang percayalah yang semua ni sementara je. Pasti! Tipu lah kalau aku cakap dalam masa sebulan dua dah boleh lupa. Sehingga bertahun pun masih akan tinggalkan kesan. Tapi aku kena syukur la, ni bukan penghabisan hidup. Anggap ini sabagai satu permulaan untuk kita teruskan kehidupan yang realitinya tak seindah macam apa yang kita tengok dalam tv atau baca dalam novel. Dan syukurlah yang ada lagi orang yang masih sygkan kita. Walaupun bukan seseorang yang bergelar kekasih.

Kadang-kadang aku pun pikir, kenapa orang buat kita macam ni lepas dia dah buat kita syg sangat pada dia, lepas dah bertahun kenapa dia tinggalkan kita. Apa salah kita semua? kalau nak bandingkan kita dengan maya karin memang jauh beza. Tapi kenapa dari awal pilih kita untuk jadi seseorang dalam hidup dia. Aku tertanya jugak bila dia mula berubah dulu. Aku tanya semua kawan2 yg rapat dengan dia. Tp aku salah. Aku ingat kawan2 dia akan bantu aku. Tapi semuanya tipu aku. Semua cover hubungan dia dengan perempuan tu. Seminggu sebelum Aku convo, aku pegi uum amik jubah. Aku tido kat bilik kwn yang still di uum. Malam tu memang aku nak cakap dengan dia sebab dah lama sangat dia senyap. Aku call dia banyak kali tapi dia tak angkat, dia reject aku punya call. Dia off hset. Aku dah rasa sst, tapi aku try jugak sms dia. Dia balas. Dia tulis macam ni “kita dah takde apa2 hubungan, tolong jangan ganggu saya lagi!” korang fikir sendiri la, seminggu sebelum aku convo dia lepaskan aku tanpa sebab. Nak kata aku ada lelaki lain, tak mungkin sebab aku memang tak berkawan dengan mana2 lelaki pun masa tu. Aku rasa macam bengong gila masa tu. Aku tak sedar aku ada kat mana time tu. Aku tak sedar aku ni siapa. Kawan2 depan aku time tu aku tanya siapa diorang?? Ya Allah..Tuhan je tau perasaan aku time tu. Aku tido dalam keadaan menangis (mungkin korang pun macam tu). Aku tak cerita dekat sesiapa lagi pasal ni tapi aku tahu kwn2 aku dalam bilik tu dah dapat tangkap aku tak macam selalu. Esoknya aku jalan sorang2 pi amik jubah. Patutnya aku pergi dewan tapi kenapa aku sampai ke mall pulak? Macam orang gila je.

Bila jumpa kwn2 yang dah lama tak jumpa, aku buat macam biasa je. Tak mampu nak cerita. Kalau cerita pun diorang boleh bantu apa kan?? (itu yg aku fikir time tu). Memang kosong je hidup tanpa dia. Akhirnya aku cerita jugak pada kwn2 sebab dah tak mampu tanggung sendiri. Syukur, kwn2 banyak bagi moral support. Walupun tak bayak sangat mmembantu, tapi aku tahu diorang bersama aku. emm..masa convo lg lah sedih. Kakak duk tanya je boyfriend ko tak datang ke?? Dalam hati menangis tapi tak tunjuk sbb mak ayah ada. Hakikatnya, dah putus.. masa dalam dewan pun hset dalam poket asyik aku tgk je. Harapnya dia mesej ucap tahniah ke, mintak maaf ke, tak pun, keluar dewan jap lagi dia ada kat luar tp, tak de apa2 pun yg berlaku. Sedih tak rasa?? Kosong je hidup. Convo pun mcm tak best!

Memang susah nak survive hidup sorang diri. Betul klau korang kata luahkan pada kawan tak sama dengan luahkan pada girlfriend atau boyfriend. Tapi dah tak de istilah girlfriend/boyfriend, kawan2 jelah tempat mengadu. Sebulan lepas tu aku dapat mesej dari kwn satu tempat kerja masa kat bangi dulu. Dia mengaku yang dia pernah ada hubungan dengan boyfriend aku. Uuppss..ex-boyfriend. Dan dia hantar gambar bukti yang dia pernah tido dengan boyfriend aku tu (dah delete gambar tu sbb sgt tak senonoh). Dan dia cakap ex-boyfriend aku ni ada ramai awek. Tak sangka kan?? Tuhan tunjukkan bukti yang dia bukan lelaki terbaik buat aku. nasib baik sangat aku tak bodoh mcm kwn aku tu. Sampai sanggup tido sm (mintak simpang). So, mula la hidup baru aku. walaupun lambat nak hepi macam dulu balik, tapi everythings was okey..

Dah hampir 2 tahun jugak la putus dah tak rasa apa2. hepi dengan kehidupan, family, kawan2 yang gila2, kerja, officemates yang tak berapa nak betul ni.. huhu. Best la. Aku harap korang pun macam tu. Kuatkan semangat dan jalani setiap hari dengan perkara2 yg indah je. Dan fikir ayat ni: “Ketika satu pintu kebahgiaan tertutup, pintu yang lain dibuka tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibuka untuk kita”.

Ramadhan Datang Lagi...


 Sok mak aku nak buat kenduri pulak kat umah. Kenduri tahlil dan doa untuk sambut ramadan. Syukur..ramadan datang lagi dalam kehidupan kita semua. Dan syukur, kita semua masih berpeluang menunaikan rukun islam yang ketiga ini. Semoga Allah panjangkan usia kita untuk menyambut ramadan bulan depan dan meraikan syawal 2 bulan lagi. Aku sangat gembira.. harap-harapnya sempurnalah ramadan dan syawal aku tahun ini, sama seperti tahun lepas..

Mental Betul Lah!

Nape ada orang yang tak setia di muka bumi ni? Kadang-kadang aku bertanya sendiri. Kenapa adanya perkataan tak setia? Kenapa ada sikap tak setia tu?? Bila kita bersama dengan orang lain, untuk satu perhubungan yang dianggap peribadi selain daripada hubungan kekeluargaan yang terbina sejak azalinya itu, kita harus setia pada hubungan yang satu itu. Seperti setianya kita pada Allah swt. Kita juga sepatutnya setia pada perhubungan yang suci. Tapi sekarang, apa dah jadi. Ramainya insan yang tak setia. Menyakiti hati pasangan yang setia.. tergamak diorang buat macam tu..

Aku pernah merasa dan aku tahu dan faham perasaan itu. Perasaan kala hati disakiti. Perasaan yang amat pedih. Sakit sangat. Aku tidak mahu melihat ada kecurangan lagi di depan mata. Aku tidak mahu kawan-kawan aku pun turut merasa apa yang aku rasa. Ya, mungkin ini boleh dikatakan sebagai pengalaman..tapi kalau pengalaman yang sakit macam ni, elakkanlah..

Sejak kebelakangan ni aku rasa tak happy dengan kehidupan aku. Apa yang aku fikir?? Banyak sangat. Sampai aku rasa aku dah ada sindrom kemurungan. Aku tak banyak bercakap dengan orang. Kalau bersembang pun, aku banyak diam dan hanya dengar je.. apa dah jadi dengan aku. Aku perlu jumpa doktor ke?? Aku risau tak tentu pasal. Hati ni rasa berdebar setiap masa. Apa tandanya tu? Aku mengeluh sendiri. Payah nak diceritakan perasaan ini pada orang. Aku sendiri rasa tak menentu. Bingung!

Esok aku rasa macam nak amik mc. Aku nak pegi jumpa doktor. Letih semacam. Aku dah letih. Letih sangat!! Bahagiakanlah aku....



Flowers in My Heart

Untuk kesekian kalinya aku hadir di sini
Di atas muka bumi yang penuh bicara
Dengan permulaan yang indah bagai taman
Hati yang berbunga mekar di taman itu
Tidak akan ada sesiapa yang boleh menyakiti aku
Dan kerana itu, Tuhan bersamaku..

Bahagianya hidup ini
Ku kecapi detik ini bersendiri
Itu lebih sempurna bagiku
Tak mampu ku luahkan lagi
Selami hati ini
Disitu..

Amacam? Ada Bakat Tak??

Untuk itu aku mengundur diri
Sangat tak biasa diri ini di waktu bersendiri
Payah mengharungi sendiri walau ada di sisi
Apa guna mahu bicara kalau itu yang kamu mahu
Aku tidak gentar dengan kamu yang tak setia
Di mana erti cinta sejati yang aku abadi
Dan bila aku kan bertemu insan itu..

Oh..hangat dalam hati bila kan hilang
Sedetik teringat sejuta yang datang
Sangat indah andai begitu mudahnya
Biar lama aku tunggu sampai di situ
Cinta datang dan kembali pergi
Dalam irama dan melodi tersendiri
Mengenal tak jemu bersama
Itulah cinta..

Datang dia dengan sempurna
Buat aku terpaku terpana pada tempat tak tentu
Bisa ubah atau begitu saja
Tanyalah hati dia atau sebaliknya
Kadang-kadang cinta datang tak diundang
Dan terkadang yang diundang itu
Sangat menyakitkan..

Pasrah itu yang benar
Tabah itu yang perlu
Cekal itu yang ada dan punya
Aku tetap aku..
Aku tetap aku..
Dan ada Dia di sisiku...

Letihnyer..

Aku letih sangat sekarang ni. Dah dekat 2 minggu aku balik kerja jam 9 malam. Penat tak hilang, dah kena bangun tidur jam 6.30 pagi dah pergi kerja jam 7.30 pagi. Sangat letih sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Aku ingat nak ambil cuti lepas project ni habis. Aku nak rehatkan diri, tidur lewat malam tengok movie, tidur nyenyak sampai pukul 11 pagi. Pagi ke pukul 11 tu. Hehe.. bangun, mandi, sarapan sambil layan tv. Kul 3 petang tidur lagi. Itulah erti rehat bagi aku. Bestnya dapat bermalas-malasan atas katil. Dan semestinya mengadap laptop. Aku ingat nak try buat blog la. Tapi tak tahu la macam mana caranya. Aku nak masukkan semua hasil tulisan aku ni dalam blog aku. Boleh berkongsi dengan ramai orang. Emm..

Aku baru je beli laptop. Mungkin agak pelik bagi orang lain untuk dengar aku beritahu yang aku baru beli laptop. Mungkin diorang tak heran sebab diorang dah lama ada laptop sendiri. Aku ni lain dari diorang. Diorang tu bertuah sebab masa study dah dapat laptop dari parents. Aku, dah habis study, dah kerja, dah pegang duit sendiri baru mampu beli laptop. Aku dulu asyik ulang-alik ke lab setiap hari untuk siapkan assignment. Sedangkan orang lain boleh je buat atas katil, kat dalam bilik. Sekarang baru aku merasa untuk pegang laptop. Aku beli dengan duit simpanan yang aku simpan sejak berbulan-bulan lagi. Secara rasminya satu lagi impian aku untuk tahun ini tercapai.. impian seterusnya, memiliki kereta. Bila la duit aku nak cukup ni.

Cool this Cameron!!


Aku baru je balik dari cameron sabtu lepas. Bercuti dengan kawan-kawan sekali-sekala memang best. Banyak gila kitorang shopping. Sebenarnya tak ada apa pun. Tapi dah tengok barang-barang kat sana jadi teruja nak membeli. Tambah-tambah tak dapat jumpa benda-benda macam tu kat tempat lain. Masa kat taman bunga, ada sesuatu berlaku. Masa aku tengah duk amik gambar fizah, ada sorang mamat ni tiba-tiba je duk kat kerusi yang fizah duduk tu. Aku tengok mamat tu, dia senyum kat aku. Aku pun senyum la kat dia. Aku amik gambar fizah. Ktorang beredar la ke tempat lain. Masa aku nak ikut fizah dari belakang tu, mamat ni tegur aku. Dia tanya dari mana? Terkejut jugak aku. Aku cakap la yang aku dari perak. Dia tanya lagi, perak kat mana. Kat manjung aku kata. Kerja ke student lagi dia tanya. Kerja aku jawab. Kerja kat mana? Mak aii..banyaknya tanya mamat ni. Mintak jelah no fon. Bukan aku tak tahu, taktik lelaki nak ngurat. Agaknya dia segan kot. Sebab kat situ ramai orang. Then aku pergilah kat fizah ngan roshita. Aku cerita kat diorang.

Ingatkan tak jumpa lagi mamat tu, rupa-rupanya masa nak balik, masa ktorang singgah kat ladang teh, dia pun ada kat situ. Ya Allah, kecilnya dunia ni. Dia tegur aku lagi. Kali ni dia berani. Dia mintak no fon aku. Aku nak bagi ke?? Aku tak kenal dia. Em..bagi jelah. Dalam kete, masa on the way balik, dia bagi mesej. Katanya nice to meet u, cheewah.. huhu, tak romantik langsung. Aku pun balas, nice to meet you to. Sepanjang perjalanan dia asyik mesej je. Rimas aku tau. Bila dah sampai jusco pun dia still mesej. Macam-macam dia tanya. Aku tak suka la mamat yang sangat memaksa ni. Dia terlalu tergesa-gesa. Dia ajak jumpa, tapi aku tak berani nak jumpa lelaki yang aku baru kenal seorang diri. Aku tanya dia, boleh bawa kawan tak? Dia kata boleh tak kalau tak bawa kawan? Mak aii.. kerek gila mamat ni. Ah, reject. Aku tak kebulur pun ngan hang. Dah la dia yang beria-ia nak jumpa aku, dia boleh suruh aku naik bas pi jumpa dia. Eee..apa ni? Apa kena mamat ni? Tak betul ni. Bukannya aku tak pernah naik bas, tapi pikir logik la skit. Ada ke dia suruh aku yang perempuan ni pi naik bas untuk penuhi permintaan dia untuk berjumpa dengan aku?? Naik bas ke ipoh atau ke kl?? No way. Kalau dia tu boyfriend aku yela jugak. Kena give and take. Ini kenal pun baru sehari-dua, sua muka baru 2-3 minit dah mintak bukan-bukan. Boleh blah. Reject..


 aku di cameron.. sejuk seh..

Jodoh...

Emm..baru sj aku mendengar kisah cinta seorang teman sepejabat. Lelaki dan berbangsa india. Saja buat “ketupat” sbb xde bos. Ntah mcm mana aku bertanya perihal cinta dia di depan seorang lg teman yg baru abis bercerita perihal cintanya. Kata kwn lelaki ni, dia dan isterinya kahwin lari sbb family isteri tak suka kepadanya. Wah..hebat. melihat dia tidak segan bercerita, aku pun tak segan untuk bertanya.

Beza usia mereka lebih 10 tahun. Berkahwin atas dasar suka sama suka, mereka bahgia dikurniakan 4 orang anak. Walaupun dia tidak pernah sesekali menjenguk keluarga mertua yang pernah menghinanya. Teringat pula pada cleaner (skrg dah berhenti) yang bekerja di ofis aku ni. Juga berkahwin tanpa restu keluarga tetapi dah terlalu suka, xde apa yang boleh diubah. Walaupun dah tau lelaki ni suka main perempuan, nak juga. Em..sekarang dah menyesal sebab laki kerja tak menentu, asyik minta duit dan drug addicted.. dah termakan sumpah ayahnya yg kata kalau susah nanti jangan harap aku nak tolong. Berbagai perkara bermain di fikiran aku. Kenapa cinta tak pernah mudah? Kenapa perlunya manusia merasa seksa disebalik untuk mendapatkan cinta? Atau mungkin ini yang dinamakan pengorbanan? Mungkin.

Aku tak tahu apa sebenarnya yang bermain di fikiran setiap seorang individu. Ada yang rela dan tak kurang juga yang suka dalam terpaksa. Jika jodoh pilihan sendiri itu membahgiakan, tidak apa yang perlu dikenang pada kenangan silam. Jika takdir menentukan hidup tidak sebahagia yang diimpikan, rasa menyesal mula terbit di benak naluri. Ingin minta penceraian, masih ada kewarasan terhadap kehidupan anak-anak. Kasihankan anak-anak jika dewasa sedemikian rupa tanpa ayah di sisi. Tapi apa gunanya jika suami yang diharapkan tidak mampu memelihara kerukunan rumah tangga. Apa gunanya bersuami jika isteri perlu menanggung keperluan seharian bersendirian. Mendewasakan anak, makan, pakai dan sewa. Belum lagi bil, yuran sekolah dan duit mengasuh anak. Faham lah wahai lelaki. Kami perlukan kamu untuk sama-sama bersusah-senang. Aku? Masih boleh untuk berfikir dan berkira-kira. Masih tidak temui insan yang benar-benar aku nampak dapat membahgiakan.

Impian Aku...


Apa korang akan buat bila ada duit? Apa cita-cita korang. Emm..aku? aku nak sangat buka butik fesyen. Aku kan gila fesyen. Aku nak sangat ada sebuah butik fesyen di sebuah bandar kecil macam seri manjung ni. Butik yang sangat selesa, mungkin ada cafe kecil di dalamnya, dengan dekorasi yang sangat menawan.. ada beberapa patung yang memakai pakaian yang mungkin aku yang ilhamkan. Ada meja aksesori yang sangat unik.. lampu-lampu yang akan menyinari setiap helaian peranggu di butik aku. Berlantaikan kemasan kayu, berdindingkan warna kuning atau pink mungkin..

Butik aku akan jual pakaian yang elegan dan chic tetapi tetap tampil sopan sesuai dengan gadis dan wanita yang tidak mahu tampil seksi. Bermacam-macam pakaian ada di butik aku. Bermula dari pakaian ke pejabat, smart kasual, chic, trendy, santai dan juga pakaian tidur. Tak lupa juga pakaian untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Tak kira apa tema majlis yang akan dihadiri, aku akan menjadi perunding imej kepada pelanggan-pelanggan aku tanpa caj! Sungguh menakjubkan. Aksesori di butik aku juga akan menepati kehendak semasa. Ada rantai, bangle pelbagai corak dan rekaan, ada tas tangan dari yang sandang hinggalah ke clutch comel lagi memikat. Kasut tumit tinggi ala-ala jimmy choo design.. atau yang simple saja sesuai pelbagai usia.. cengkek yang pelbagai warna dan pilihan..

Aku akan jadi bos besar di butik aku. Aku akan jadi bos yang tegas tetapi baik hati.. mungkin ada kemudahan internet untuk pelanggan layari kala menunggu teman atau pasangan memilih pakaian yang cocok. Untuk jadi contoh kepada pelanggan, aku kena lah bereksperimen dengan diri aku dulu. Aku akan berfesyen setiap hari ke butik supaya orang kata tuan butik ini sangat cantik, sangat bergaya..

Mungkin aku akan capai impian ini bila usia aku hampir ke 35 tahun.. bukan mudah untuk membuka butik sendiri. Banyak yang perlu aku belajar. Tapi aku akan buktikan..






dah balik...

Ya..dah balik dari kedah dah pun.. dah jumpa k-ah and family dia. Best sgt. Plg best bl dpt jmpa wan muhana yg sm2 sekelas dgn aku kat matrik dl. Mcm x percaya muhana dah kurus skit. Hehe.. makan hati ke?? Hari pertama aku sampai sana ari jumaat, 16hb januari 2009. dalam kul 1.30 ptg. Sampai sana mkn kat umah dia, lauk sdp2 smua. Solat zohor pastu trus pegi alor star mall. Bsr jgk. Aku beli flat je kat sana. Great find. Rm 20 je. Jln2 pastu blk umah solat asar. Ptg kul 6 teman k-ah jogging. Dia nak trunkan berat bdn. Besar gak k-ah skrg. Aku duduk2 je.. makan laksa pastu blk mandi, solat maghrib. Mlm kuar lg pi psr malam blkg umah dia tu. Jln je. Tgk2 dan beli makanan skit. Balik umah, makan nasi dan tido. Zzzz...

Hari ke 2 kul 11pg ktorang pi city plaza plak. Ha..kat sini aku shopping byk gak. Ape aku beli yek?? Barang2 penjagaan diri je. Gelang tgn silver rm 20 jgk. Tshirt rm 10, seluar jeans 2 pasang rm 130. Ingt nak tgk wayang tp wayang dah start plak.. xjd lah. Kami trus pi pasific alor star. Aku beli bj 3 helai. Rm 130 jgk la smua. Balik umah pukul 7 mlm. Apa ni anak dara kuar merayap smpai maghrib. Sekali-sekala.. malam lps solat pi mkn kat kedai ngan family k-ah. Mkn koteow lakna. Sdp. Org belanja sdp la. Balik umah tgk cerita hantu raya kat tv3. takut ooo... zzzzz time..
Balik ke manjung hari ke3 ahad. Sok keje.. malasnye... aarrggghhh...

Aku dah spend rm 500 untuk shopping di kedah dgn k-ah ari tu. Bermakna aku tak boleh shopping apa2 lg sehingga akhir bulan february. Whattt?? Yelah, duit aku dah kurang beb. Jd terpaksa la aku thn nafsu membeli aku ni. Rm 200 dah confirm untuk mak ayah. Aku jelah pun yg nak bg duit kat mak ngan ayah. Harapkan dua beradik lg tu? Haram. Boy tu boleh dimaafkan la lg sbb dia masih study. Kakak? Chitt. Jgn harap. Gaji beribu tp x tau pi mn. X nmpak brg pun apa yg dia beli. Beg nak pi opis pun cilok aku punya. Seluar track pun ari tu dia nak masuk beg dia dah. Duit nak renew insurans kereta ngan road tax pun nak pinjam aku? Wah aku klau ungkit no 1. x baik tau. Kakak aku jgk.

Berbalik pada keterpaksaan aku x boleh shopping td, aku mmg kn cover balik duit simpanan aku tu. Kalau x mcm mn nak beli kete hjg thn ni? Aku mesti thn membeli. Duk umah xdelah aku nmpak brg. Xdelah aku nak beli sgt. Rm 100 untuk duit kutu. Nnt bulan 5 kaya la skit. Dpt duit kutu. Rm 1500 siot. Byk tu. Nak beli ape yekk?? Aku nak tukar fon la. Yelah fon aku skrg mcm hapak je. Maksud aku cikai la. Org lain pnye hfon canggih beb. Tp xdela nak beli yg seribu lbh. Stkt rm 500 ok la. Dah rm 300 dah kena kuar. Apa yg aku perlu sehingga hjg bulan 2. aku ingt nak beli tudung 2 helai. Satu warna krim satu lg warna coklat cair. 2 helai berapa ek. Klau yg simple tu boleh dpt 2 helai rm 50. tp alang2 beli baik beli yg elok skit kan. Tp sehelai mgkin rm 30 lebih. Tgk mcm mn nnt.

Aku nak beli spray bj yang k-ah guna tu la. Berapa plak tu? Krim ponds aku pun dah nak abis. Nak beli ke tak? Kotex aku ada lg x ha? Cukup kot untuk bln 2 nnt. Xpayah beli lah. Rm 100 cukup la kot. Ye..dalam purse ada rm 50. kuar lg rm 300 dah untuk mak ayah dan duit kutu. Aku akan dapat duit makan rm 240 + rm 50 = rm 290 ~ rm 300. masuk dlm bank islam rm 100. tinggal rm 200. ok. Cukup. Duit dlm bank islam aku ade rm 700 + rm 100 = rm 800. duit dalam maybank xtau ade berapa.

EEEEE....aku bengang btul ngan selvan ni. Duk kacau aku je. Duk tgk aku dgn pandangan menggoda. Sdr la diri tu skit. Ko tu xsesuai lgsng ngan aku tau. Dah kawin bt la cara dah kawin. Kalau aku bt report kat pjbt buruh nnt br tau. Aku xsk la orang2 mcm ni.. bt skt hati dan bt aku rs rimas je. Jelik la aku tgk dia. Boleh blah!!!!!


k-ah...! here i come...!!

Jumaat ni aku nak pi umah k-ah kat kedah. Emmm..bestnye boleh jumpa dia sekaligus boleh bercuti. Tp x lama aku pi sana. 2-3 hari je.. boleh shopping dan boleh gosip. Hehe.. psl mamat durjana tu ke.. alahai.. dah nak masuk setahun aku putus dgn dia. Mamat tu la.. secara jujurnya aku ada jgk teringat kat dia. Rindu tu kdg2 dtg.. x mudah untuk aku melupakan dia terus dalam hidup aku. Sakit sgt rs ditinggalkan. Sbb tu aku masih x bersedia untuk terima sesiapa jua yg dtg dalam hidup aku kalau aku rasa dia mmg nak permainkan aku. Ada..ya ada yg ok..tp aku mcm dah hilang percaya pd lelaki. Bila tgk kwn2 aku yg ada bf selalu terlintas di fikiran aku, setia jgk bf dia. Patut ke aku fikir mcm tu..?? ntah la. Aku pun tak tahu. Pada aku mungkin rezeki diorang dapat bf yang setia. Aku? Aku x bertuah dalam perhubungan. Aku sentiasa dikecewakan. Apa salah aku sebenarnya??

Pada Tuhan aku panjatkan kesyukuran kerana aku masih aku yang dulu. Tidak terusik sedikit pun. Aku masih tahu batas-batas dalam perhubungan yang kemungkinan tidak kekal lama ni. Dan pada Dia juga aku panjatkan doa untuk mempertemukan aku dengan lelaki yg baik, yg boleh menjaga aku.. 

Pada dia yang pernah mengecewakan aku sedikit masa dulu, aku tidak pernah sekali-kali memaafkan kamu. Aku redha dengan perpisahan ini walau aku sayang kamu. Aku tahu jika diperbaiki semula hubungan ini, kita x mungkin akan bahagia seperti dulu lagi. Aku lepaskan kamu dengan hati yang berat dan payah. Aku akan perbaiki kekurangan diri ini sekiranya itu yg membuatkan kamu pergi jauh dalam hidup aku. Dan kau..moga kau bahagia dengan dia yg lebih segala-galanya dari aku. Simpanlah kenangan kita dalam kotak fikiran kamu, semoga kita berjumpa di syurga hendaknya. Terima kasih atas apa yg telah kamu korbankan untuk aku selama kita masih berkawan dulu..

p/s: nnt aku try upload gambar k-ah.. sekarang tak ada dlm simpanan.. huhu..



Aku


Aku sekarang bukan aku yang dulu. Dulu hanya ikut, pakai apa yang ada dan emm..tak bersolek pun. Cuma kenakan bedak dan lip gloss je. Yela..nak mekup pun tak pandai. Alat solek pun tak ada. Dulu aku ingat dah ada boyfriend tak payah la nak bercantik-cantik sangat. Hehe.. tau tak? Dulu aku pergi kuliah setiap hari aku pakai baju kurung yang tak berfesyen langsung. Setakat matching dengan tudung dah la. Lepas tu, pakai sandal murah-murah ni. Setiap hari pakai kasut yang sama. Kalau outing pulak, pakai t-shirt dengan jeans. Kasut pun yang tu jugak la. Nak buat macam mana.. dulu mana ada duit nak beli baju fesyen-fesyen, apatah lagi alat solek...

Now, lepas bekerja dan ditinggalkan boyfriend (he got another girl), aku lebih menghargai diri. Aku patut serlahkan kecantikan aku. Bukan untuk tatapan umum, tapi lebih kepada memberi keyakinan pada diri ini. Dengan duit gaji yang aku dapat tiap-tiap bulan, dan bernaskah majalah kecantikan dan fesyen, look who i’m now. Tak lagi macam dulu yang skema berbaju kurung (manis sebenarnya..), dari tidak ada secalit mekup pun, now dah pandai pakai itu, ini. Baju pun dah macam-macam. Ooppss..i tak pakai baju yang seksi-seksi ok.. aku ni bertudung. Sapa kata orang bertudung tak boleh bercantik-cantik.

Apa yang aku perasan, dulu tak ada sesiapa pun yang puji aku. Non. Tapi sekarang, orang yang perasan perubahan aku adalah officemates aku. Ramai yang memuji semakin cantik, kulit semakin licin.. thanks guys, you all make me proud being myself.  Ramai jugak yang cuba tackle. Hehe...walaupun dah berbini. Tak kurang yang masih single. Sorry beb, aku tak terbuka hati lagi. Mungkin belum berjumpa orang yang betul-betul dapat buat aku yakin yang aku bahagia bila bersamanya nanti.

Dan kepada si durjana yang mengkhianati cinta, aku lebih tenang dah bahagia selepas kau pergi. Thanks sebab tinggalkan aku. Ya, mungkin betul apa yang kau katakan pada aku dulu. Aku tak layak dengan kau. Dia yang lebih layak mendampingimu. Yela, sama-sama hodoh, sama-sama kampung, sama-sama ulu. Wakaka..  (selayaknya aku panggil kau syaitan bertopengkan manusia). Aku perlukan lelaki yang lebih bold dari you ok... macam farid kamil ke, que haidar ke, remmy ishak tak pun bront palare..

Kepada kawan-kawan yang sudi menjadi tempat mengadu tatkala ditinggalkan dulu, korang mmg best. Tarbaik di hati aku. Ramai yang beri semagat pada aku. Ya, lepas tu aku terus bertambah-tambah rapat dengan kawan-kawan aku dulu. Tak kira dari ceruk mana pun kawan aku tu. Kawan sekolah, kawan matrik, kawan uum dan kawan sekerja. Wah..banyak nih.. nak sebut nama sorang-sorang mmg tak abis, tapi aku mention yang mana dulu jelah k.. kak wahid, kak liza, kak yus, shida, kak mul. Satu kali tabik kat korang.

Emm..bila buka friendster, ramai pulak kawan-kawan aku yang dah bertunang. Tak kurang yang dah berkahwin. Cepat jodoh diorang kan? Ada yang masa study bercinta dengan orang lain, last-last kawin dengan orang lain. Ada juga yang kekal sehingga ke jinjang pelamin. Tahniah kerana masing-masing menghargai satu-sama lain. Teringat pada seorang kawan (rumet masa di uum dulu). Bercinta hampir 5 tahun dengan sang arjuna, dek sang arjuna terlepas kata depan ibu ayah si rumet ni, terus dipaksa putuskan perhubungan. Itulah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?? Lu pikir lah sendiri...

Aku masih mencari. Perlukah aku iklankan diri? Aku sebenarnya mencari lelaki yang ada pegangan agama, educated (at least degree holder), mempunyai pekerjaan tetap dengan pendapatan bulanan rm 3k ke atas. Ada kereta sendiri (bukan cikai punya ok),  dan yang penting bukan berasal dari kelantan, terengganu, pahang, sabah atau sarawak. Please, sesiapa yang ada kesemua ciri-ciri ini, tunjukkan diri.

 
sebelum: baju kurung besar, tudung tak matching dgn baju


sekarang: huhu..tak pakai baju besar lagi..




Powered By Blogger

visitors counter

About Me

Foto Saya
Edati Karim
Seri Manjung, Perak, Malaysia
simple, perfectionist, sensitive, luv fashion & music..
Lihat profil lengkap saya

follow me


Template Brought by :

blogger templates