Jodoh...

Emm..baru sj aku mendengar kisah cinta seorang teman sepejabat. Lelaki dan berbangsa india. Saja buat “ketupat” sbb xde bos. Ntah mcm mana aku bertanya perihal cinta dia di depan seorang lg teman yg baru abis bercerita perihal cintanya. Kata kwn lelaki ni, dia dan isterinya kahwin lari sbb family isteri tak suka kepadanya. Wah..hebat. melihat dia tidak segan bercerita, aku pun tak segan untuk bertanya.

Beza usia mereka lebih 10 tahun. Berkahwin atas dasar suka sama suka, mereka bahgia dikurniakan 4 orang anak. Walaupun dia tidak pernah sesekali menjenguk keluarga mertua yang pernah menghinanya. Teringat pula pada cleaner (skrg dah berhenti) yang bekerja di ofis aku ni. Juga berkahwin tanpa restu keluarga tetapi dah terlalu suka, xde apa yang boleh diubah. Walaupun dah tau lelaki ni suka main perempuan, nak juga. Em..sekarang dah menyesal sebab laki kerja tak menentu, asyik minta duit dan drug addicted.. dah termakan sumpah ayahnya yg kata kalau susah nanti jangan harap aku nak tolong. Berbagai perkara bermain di fikiran aku. Kenapa cinta tak pernah mudah? Kenapa perlunya manusia merasa seksa disebalik untuk mendapatkan cinta? Atau mungkin ini yang dinamakan pengorbanan? Mungkin.

Aku tak tahu apa sebenarnya yang bermain di fikiran setiap seorang individu. Ada yang rela dan tak kurang juga yang suka dalam terpaksa. Jika jodoh pilihan sendiri itu membahgiakan, tidak apa yang perlu dikenang pada kenangan silam. Jika takdir menentukan hidup tidak sebahagia yang diimpikan, rasa menyesal mula terbit di benak naluri. Ingin minta penceraian, masih ada kewarasan terhadap kehidupan anak-anak. Kasihankan anak-anak jika dewasa sedemikian rupa tanpa ayah di sisi. Tapi apa gunanya jika suami yang diharapkan tidak mampu memelihara kerukunan rumah tangga. Apa gunanya bersuami jika isteri perlu menanggung keperluan seharian bersendirian. Mendewasakan anak, makan, pakai dan sewa. Belum lagi bil, yuran sekolah dan duit mengasuh anak. Faham lah wahai lelaki. Kami perlukan kamu untuk sama-sama bersusah-senang. Aku? Masih boleh untuk berfikir dan berkira-kira. Masih tidak temui insan yang benar-benar aku nampak dapat membahgiakan.

Impian Aku...


Apa korang akan buat bila ada duit? Apa cita-cita korang. Emm..aku? aku nak sangat buka butik fesyen. Aku kan gila fesyen. Aku nak sangat ada sebuah butik fesyen di sebuah bandar kecil macam seri manjung ni. Butik yang sangat selesa, mungkin ada cafe kecil di dalamnya, dengan dekorasi yang sangat menawan.. ada beberapa patung yang memakai pakaian yang mungkin aku yang ilhamkan. Ada meja aksesori yang sangat unik.. lampu-lampu yang akan menyinari setiap helaian peranggu di butik aku. Berlantaikan kemasan kayu, berdindingkan warna kuning atau pink mungkin..

Butik aku akan jual pakaian yang elegan dan chic tetapi tetap tampil sopan sesuai dengan gadis dan wanita yang tidak mahu tampil seksi. Bermacam-macam pakaian ada di butik aku. Bermula dari pakaian ke pejabat, smart kasual, chic, trendy, santai dan juga pakaian tidur. Tak lupa juga pakaian untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Tak kira apa tema majlis yang akan dihadiri, aku akan menjadi perunding imej kepada pelanggan-pelanggan aku tanpa caj! Sungguh menakjubkan. Aksesori di butik aku juga akan menepati kehendak semasa. Ada rantai, bangle pelbagai corak dan rekaan, ada tas tangan dari yang sandang hinggalah ke clutch comel lagi memikat. Kasut tumit tinggi ala-ala jimmy choo design.. atau yang simple saja sesuai pelbagai usia.. cengkek yang pelbagai warna dan pilihan..

Aku akan jadi bos besar di butik aku. Aku akan jadi bos yang tegas tetapi baik hati.. mungkin ada kemudahan internet untuk pelanggan layari kala menunggu teman atau pasangan memilih pakaian yang cocok. Untuk jadi contoh kepada pelanggan, aku kena lah bereksperimen dengan diri aku dulu. Aku akan berfesyen setiap hari ke butik supaya orang kata tuan butik ini sangat cantik, sangat bergaya..

Mungkin aku akan capai impian ini bila usia aku hampir ke 35 tahun.. bukan mudah untuk membuka butik sendiri. Banyak yang perlu aku belajar. Tapi aku akan buktikan..






dah balik...

Ya..dah balik dari kedah dah pun.. dah jumpa k-ah and family dia. Best sgt. Plg best bl dpt jmpa wan muhana yg sm2 sekelas dgn aku kat matrik dl. Mcm x percaya muhana dah kurus skit. Hehe.. makan hati ke?? Hari pertama aku sampai sana ari jumaat, 16hb januari 2009. dalam kul 1.30 ptg. Sampai sana mkn kat umah dia, lauk sdp2 smua. Solat zohor pastu trus pegi alor star mall. Bsr jgk. Aku beli flat je kat sana. Great find. Rm 20 je. Jln2 pastu blk umah solat asar. Ptg kul 6 teman k-ah jogging. Dia nak trunkan berat bdn. Besar gak k-ah skrg. Aku duduk2 je.. makan laksa pastu blk mandi, solat maghrib. Mlm kuar lg pi psr malam blkg umah dia tu. Jln je. Tgk2 dan beli makanan skit. Balik umah, makan nasi dan tido. Zzzz...

Hari ke 2 kul 11pg ktorang pi city plaza plak. Ha..kat sini aku shopping byk gak. Ape aku beli yek?? Barang2 penjagaan diri je. Gelang tgn silver rm 20 jgk. Tshirt rm 10, seluar jeans 2 pasang rm 130. Ingt nak tgk wayang tp wayang dah start plak.. xjd lah. Kami trus pi pasific alor star. Aku beli bj 3 helai. Rm 130 jgk la smua. Balik umah pukul 7 mlm. Apa ni anak dara kuar merayap smpai maghrib. Sekali-sekala.. malam lps solat pi mkn kat kedai ngan family k-ah. Mkn koteow lakna. Sdp. Org belanja sdp la. Balik umah tgk cerita hantu raya kat tv3. takut ooo... zzzzz time..
Balik ke manjung hari ke3 ahad. Sok keje.. malasnye... aarrggghhh...

Aku dah spend rm 500 untuk shopping di kedah dgn k-ah ari tu. Bermakna aku tak boleh shopping apa2 lg sehingga akhir bulan february. Whattt?? Yelah, duit aku dah kurang beb. Jd terpaksa la aku thn nafsu membeli aku ni. Rm 200 dah confirm untuk mak ayah. Aku jelah pun yg nak bg duit kat mak ngan ayah. Harapkan dua beradik lg tu? Haram. Boy tu boleh dimaafkan la lg sbb dia masih study. Kakak? Chitt. Jgn harap. Gaji beribu tp x tau pi mn. X nmpak brg pun apa yg dia beli. Beg nak pi opis pun cilok aku punya. Seluar track pun ari tu dia nak masuk beg dia dah. Duit nak renew insurans kereta ngan road tax pun nak pinjam aku? Wah aku klau ungkit no 1. x baik tau. Kakak aku jgk.

Berbalik pada keterpaksaan aku x boleh shopping td, aku mmg kn cover balik duit simpanan aku tu. Kalau x mcm mn nak beli kete hjg thn ni? Aku mesti thn membeli. Duk umah xdelah aku nmpak brg. Xdelah aku nak beli sgt. Rm 100 untuk duit kutu. Nnt bulan 5 kaya la skit. Dpt duit kutu. Rm 1500 siot. Byk tu. Nak beli ape yekk?? Aku nak tukar fon la. Yelah fon aku skrg mcm hapak je. Maksud aku cikai la. Org lain pnye hfon canggih beb. Tp xdela nak beli yg seribu lbh. Stkt rm 500 ok la. Dah rm 300 dah kena kuar. Apa yg aku perlu sehingga hjg bulan 2. aku ingt nak beli tudung 2 helai. Satu warna krim satu lg warna coklat cair. 2 helai berapa ek. Klau yg simple tu boleh dpt 2 helai rm 50. tp alang2 beli baik beli yg elok skit kan. Tp sehelai mgkin rm 30 lebih. Tgk mcm mn nnt.

Aku nak beli spray bj yang k-ah guna tu la. Berapa plak tu? Krim ponds aku pun dah nak abis. Nak beli ke tak? Kotex aku ada lg x ha? Cukup kot untuk bln 2 nnt. Xpayah beli lah. Rm 100 cukup la kot. Ye..dalam purse ada rm 50. kuar lg rm 300 dah untuk mak ayah dan duit kutu. Aku akan dapat duit makan rm 240 + rm 50 = rm 290 ~ rm 300. masuk dlm bank islam rm 100. tinggal rm 200. ok. Cukup. Duit dlm bank islam aku ade rm 700 + rm 100 = rm 800. duit dalam maybank xtau ade berapa.

EEEEE....aku bengang btul ngan selvan ni. Duk kacau aku je. Duk tgk aku dgn pandangan menggoda. Sdr la diri tu skit. Ko tu xsesuai lgsng ngan aku tau. Dah kawin bt la cara dah kawin. Kalau aku bt report kat pjbt buruh nnt br tau. Aku xsk la orang2 mcm ni.. bt skt hati dan bt aku rs rimas je. Jelik la aku tgk dia. Boleh blah!!!!!


k-ah...! here i come...!!

Jumaat ni aku nak pi umah k-ah kat kedah. Emmm..bestnye boleh jumpa dia sekaligus boleh bercuti. Tp x lama aku pi sana. 2-3 hari je.. boleh shopping dan boleh gosip. Hehe.. psl mamat durjana tu ke.. alahai.. dah nak masuk setahun aku putus dgn dia. Mamat tu la.. secara jujurnya aku ada jgk teringat kat dia. Rindu tu kdg2 dtg.. x mudah untuk aku melupakan dia terus dalam hidup aku. Sakit sgt rs ditinggalkan. Sbb tu aku masih x bersedia untuk terima sesiapa jua yg dtg dalam hidup aku kalau aku rasa dia mmg nak permainkan aku. Ada..ya ada yg ok..tp aku mcm dah hilang percaya pd lelaki. Bila tgk kwn2 aku yg ada bf selalu terlintas di fikiran aku, setia jgk bf dia. Patut ke aku fikir mcm tu..?? ntah la. Aku pun tak tahu. Pada aku mungkin rezeki diorang dapat bf yang setia. Aku? Aku x bertuah dalam perhubungan. Aku sentiasa dikecewakan. Apa salah aku sebenarnya??

Pada Tuhan aku panjatkan kesyukuran kerana aku masih aku yang dulu. Tidak terusik sedikit pun. Aku masih tahu batas-batas dalam perhubungan yang kemungkinan tidak kekal lama ni. Dan pada Dia juga aku panjatkan doa untuk mempertemukan aku dengan lelaki yg baik, yg boleh menjaga aku.. 

Pada dia yang pernah mengecewakan aku sedikit masa dulu, aku tidak pernah sekali-kali memaafkan kamu. Aku redha dengan perpisahan ini walau aku sayang kamu. Aku tahu jika diperbaiki semula hubungan ini, kita x mungkin akan bahagia seperti dulu lagi. Aku lepaskan kamu dengan hati yang berat dan payah. Aku akan perbaiki kekurangan diri ini sekiranya itu yg membuatkan kamu pergi jauh dalam hidup aku. Dan kau..moga kau bahagia dengan dia yg lebih segala-galanya dari aku. Simpanlah kenangan kita dalam kotak fikiran kamu, semoga kita berjumpa di syurga hendaknya. Terima kasih atas apa yg telah kamu korbankan untuk aku selama kita masih berkawan dulu..

p/s: nnt aku try upload gambar k-ah.. sekarang tak ada dlm simpanan.. huhu..



Aku


Aku sekarang bukan aku yang dulu. Dulu hanya ikut, pakai apa yang ada dan emm..tak bersolek pun. Cuma kenakan bedak dan lip gloss je. Yela..nak mekup pun tak pandai. Alat solek pun tak ada. Dulu aku ingat dah ada boyfriend tak payah la nak bercantik-cantik sangat. Hehe.. tau tak? Dulu aku pergi kuliah setiap hari aku pakai baju kurung yang tak berfesyen langsung. Setakat matching dengan tudung dah la. Lepas tu, pakai sandal murah-murah ni. Setiap hari pakai kasut yang sama. Kalau outing pulak, pakai t-shirt dengan jeans. Kasut pun yang tu jugak la. Nak buat macam mana.. dulu mana ada duit nak beli baju fesyen-fesyen, apatah lagi alat solek...

Now, lepas bekerja dan ditinggalkan boyfriend (he got another girl), aku lebih menghargai diri. Aku patut serlahkan kecantikan aku. Bukan untuk tatapan umum, tapi lebih kepada memberi keyakinan pada diri ini. Dengan duit gaji yang aku dapat tiap-tiap bulan, dan bernaskah majalah kecantikan dan fesyen, look who i’m now. Tak lagi macam dulu yang skema berbaju kurung (manis sebenarnya..), dari tidak ada secalit mekup pun, now dah pandai pakai itu, ini. Baju pun dah macam-macam. Ooppss..i tak pakai baju yang seksi-seksi ok.. aku ni bertudung. Sapa kata orang bertudung tak boleh bercantik-cantik.

Apa yang aku perasan, dulu tak ada sesiapa pun yang puji aku. Non. Tapi sekarang, orang yang perasan perubahan aku adalah officemates aku. Ramai yang memuji semakin cantik, kulit semakin licin.. thanks guys, you all make me proud being myself.  Ramai jugak yang cuba tackle. Hehe...walaupun dah berbini. Tak kurang yang masih single. Sorry beb, aku tak terbuka hati lagi. Mungkin belum berjumpa orang yang betul-betul dapat buat aku yakin yang aku bahagia bila bersamanya nanti.

Dan kepada si durjana yang mengkhianati cinta, aku lebih tenang dah bahagia selepas kau pergi. Thanks sebab tinggalkan aku. Ya, mungkin betul apa yang kau katakan pada aku dulu. Aku tak layak dengan kau. Dia yang lebih layak mendampingimu. Yela, sama-sama hodoh, sama-sama kampung, sama-sama ulu. Wakaka..  (selayaknya aku panggil kau syaitan bertopengkan manusia). Aku perlukan lelaki yang lebih bold dari you ok... macam farid kamil ke, que haidar ke, remmy ishak tak pun bront palare..

Kepada kawan-kawan yang sudi menjadi tempat mengadu tatkala ditinggalkan dulu, korang mmg best. Tarbaik di hati aku. Ramai yang beri semagat pada aku. Ya, lepas tu aku terus bertambah-tambah rapat dengan kawan-kawan aku dulu. Tak kira dari ceruk mana pun kawan aku tu. Kawan sekolah, kawan matrik, kawan uum dan kawan sekerja. Wah..banyak nih.. nak sebut nama sorang-sorang mmg tak abis, tapi aku mention yang mana dulu jelah k.. kak wahid, kak liza, kak yus, shida, kak mul. Satu kali tabik kat korang.

Emm..bila buka friendster, ramai pulak kawan-kawan aku yang dah bertunang. Tak kurang yang dah berkahwin. Cepat jodoh diorang kan? Ada yang masa study bercinta dengan orang lain, last-last kawin dengan orang lain. Ada juga yang kekal sehingga ke jinjang pelamin. Tahniah kerana masing-masing menghargai satu-sama lain. Teringat pada seorang kawan (rumet masa di uum dulu). Bercinta hampir 5 tahun dengan sang arjuna, dek sang arjuna terlepas kata depan ibu ayah si rumet ni, terus dipaksa putuskan perhubungan. Itulah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?? Lu pikir lah sendiri...

Aku masih mencari. Perlukah aku iklankan diri? Aku sebenarnya mencari lelaki yang ada pegangan agama, educated (at least degree holder), mempunyai pekerjaan tetap dengan pendapatan bulanan rm 3k ke atas. Ada kereta sendiri (bukan cikai punya ok),  dan yang penting bukan berasal dari kelantan, terengganu, pahang, sabah atau sarawak. Please, sesiapa yang ada kesemua ciri-ciri ini, tunjukkan diri.

 
sebelum: baju kurung besar, tudung tak matching dgn baju


sekarang: huhu..tak pakai baju besar lagi..




Powered By Blogger

visitors counter

About Me

Foto Saya
Edati Karim
Seri Manjung, Perak, Malaysia
simple, perfectionist, sensitive, luv fashion & music..
Lihat profil lengkap saya

follow me


Template Brought by :

blogger templates