Aku
Aku sekarang bukan aku yang dulu. Dulu hanya ikut, pakai apa yang ada dan emm..tak bersolek pun. Cuma kenakan bedak dan lip gloss je. Yela..nak mekup pun tak pandai. Alat solek pun tak ada. Dulu aku ingat dah ada boyfriend tak payah la nak bercantik-cantik sangat. Hehe.. tau tak? Dulu aku pergi kuliah setiap hari aku pakai baju kurung yang tak berfesyen langsung. Setakat matching dengan tudung dah la. Lepas tu, pakai sandal murah-murah ni. Setiap hari pakai kasut yang sama. Kalau outing pulak, pakai t-shirt dengan jeans. Kasut pun yang tu jugak la. Nak buat macam mana.. dulu mana ada duit nak beli baju fesyen-fesyen, apatah lagi alat solek...
Now, lepas bekerja dan ditinggalkan boyfriend (he got another girl), aku lebih menghargai diri. Aku patut serlahkan kecantikan aku. Bukan untuk tatapan umum, tapi lebih kepada memberi keyakinan pada diri ini. Dengan duit gaji yang aku dapat tiap-tiap bulan, dan bernaskah majalah kecantikan dan fesyen, look who i’m now. Tak lagi macam dulu yang skema berbaju kurung (manis sebenarnya..), dari tidak ada secalit mekup pun, now dah pandai pakai itu, ini. Baju pun dah macam-macam. Ooppss..i tak pakai baju yang seksi-seksi ok.. aku ni bertudung. Sapa kata orang bertudung tak boleh bercantik-cantik.
Apa yang aku perasan, dulu tak ada sesiapa pun yang puji aku. Non. Tapi sekarang, orang yang perasan perubahan aku adalah officemates aku. Ramai yang memuji semakin cantik, kulit semakin licin.. thanks guys, you all make me proud being myself. Ramai jugak yang cuba tackle. Hehe...walaupun dah berbini. Tak kurang yang masih single. Sorry beb, aku tak terbuka hati lagi. Mungkin belum berjumpa orang yang betul-betul dapat buat aku yakin yang aku bahagia bila bersamanya nanti.
Dan kepada si durjana yang mengkhianati cinta, aku lebih tenang dah bahagia selepas kau pergi. Thanks sebab tinggalkan aku. Ya, mungkin betul apa yang kau katakan pada aku dulu. Aku tak layak dengan kau. Dia yang lebih layak mendampingimu. Yela, sama-sama hodoh, sama-sama kampung, sama-sama ulu. Wakaka.. (selayaknya aku panggil kau syaitan bertopengkan manusia). Aku perlukan lelaki yang lebih bold dari you ok... macam farid kamil ke, que haidar ke, remmy ishak tak pun bront palare..
Kepada kawan-kawan yang sudi menjadi tempat mengadu tatkala ditinggalkan dulu, korang mmg best. Tarbaik di hati aku. Ramai yang beri semagat pada aku. Ya, lepas tu aku terus bertambah-tambah rapat dengan kawan-kawan aku dulu. Tak kira dari ceruk mana pun kawan aku tu. Kawan sekolah, kawan matrik, kawan uum dan kawan sekerja. Wah..banyak nih.. nak sebut nama sorang-sorang mmg tak abis, tapi aku mention yang mana dulu jelah k.. kak wahid, kak liza, kak yus, shida, kak mul. Satu kali tabik kat korang.
Emm..bila buka friendster, ramai pulak kawan-kawan aku yang dah bertunang. Tak kurang yang dah berkahwin. Cepat jodoh diorang kan? Ada yang masa study bercinta dengan orang lain, last-last kawin dengan orang lain. Ada juga yang kekal sehingga ke jinjang pelamin. Tahniah kerana masing-masing menghargai satu-sama lain. Teringat pada seorang kawan (rumet masa di uum dulu). Bercinta hampir 5 tahun dengan sang arjuna, dek sang arjuna terlepas kata depan ibu ayah si rumet ni, terus dipaksa putuskan perhubungan. Itulah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?? Lu pikir lah sendiri...
Aku masih mencari. Perlukah aku iklankan diri? Aku sebenarnya mencari lelaki yang ada pegangan agama, educated (at least degree holder), mempunyai pekerjaan tetap dengan pendapatan bulanan rm 3k ke atas. Ada kereta sendiri (bukan cikai punya ok), dan yang penting bukan berasal dari kelantan, terengganu, pahang, sabah atau sarawak. Please, sesiapa yang ada kesemua ciri-ciri ini, tunjukkan diri.
sebelum: baju kurung besar, tudung tak matching dgn baju
sekarang: huhu..tak pakai baju besar lagi..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
visitors counter
About Me
- Edati Karim
- Seri Manjung, Perak, Malaysia
- simple, perfectionist, sensitive, luv fashion & music..



0 ulasan:
Catat Ulasan