Impian Aku...
Apa korang akan buat bila ada duit? Apa cita-cita korang. Emm..aku? aku nak sangat buka butik fesyen. Aku kan gila fesyen. Aku nak sangat ada sebuah butik fesyen di sebuah bandar kecil macam seri manjung ni. Butik yang sangat selesa, mungkin ada cafe kecil di dalamnya, dengan dekorasi yang sangat menawan.. ada beberapa patung yang memakai pakaian yang mungkin aku yang ilhamkan. Ada meja aksesori yang sangat unik.. lampu-lampu yang akan menyinari setiap helaian peranggu di butik aku. Berlantaikan kemasan kayu, berdindingkan warna kuning atau pink mungkin..
Butik aku akan jual pakaian yang elegan dan chic tetapi tetap tampil sopan sesuai dengan gadis dan wanita yang tidak mahu tampil seksi. Bermacam-macam pakaian ada di butik aku. Bermula dari pakaian ke pejabat, smart kasual, chic, trendy, santai dan juga pakaian tidur. Tak lupa juga pakaian untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Tak kira apa tema majlis yang akan dihadiri, aku akan menjadi perunding imej kepada pelanggan-pelanggan aku tanpa caj! Sungguh menakjubkan. Aksesori di butik aku juga akan menepati kehendak semasa. Ada rantai, bangle pelbagai corak dan rekaan, ada tas tangan dari yang sandang hinggalah ke clutch comel lagi memikat. Kasut tumit tinggi ala-ala jimmy choo design.. atau yang simple saja sesuai pelbagai usia.. cengkek yang pelbagai warna dan pilihan..
Aku akan jadi bos besar di butik aku. Aku akan jadi bos yang tegas tetapi baik hati.. mungkin ada kemudahan internet untuk pelanggan layari kala menunggu teman atau pasangan memilih pakaian yang cocok. Untuk jadi contoh kepada pelanggan, aku kena lah bereksperimen dengan diri aku dulu. Aku akan berfesyen setiap hari ke butik supaya orang kata tuan butik ini sangat cantik, sangat bergaya..
Mungkin aku akan capai impian ini bila usia aku hampir ke 35 tahun.. bukan mudah untuk membuka butik sendiri. Banyak yang perlu aku belajar. Tapi aku akan buktikan..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
visitors counter
About Me
- Edati Karim
- Seri Manjung, Perak, Malaysia
- simple, perfectionist, sensitive, luv fashion & music..


0 ulasan:
Catat Ulasan