Mental Betul Lah!
Nape ada orang yang tak setia di muka bumi ni? Kadang-kadang aku bertanya sendiri. Kenapa adanya perkataan tak setia? Kenapa ada sikap tak setia tu?? Bila kita bersama dengan orang lain, untuk satu perhubungan yang dianggap peribadi selain daripada hubungan kekeluargaan yang terbina sejak azalinya itu, kita harus setia pada hubungan yang satu itu. Seperti setianya kita pada Allah swt. Kita juga sepatutnya setia pada perhubungan yang suci. Tapi sekarang, apa dah jadi. Ramainya insan yang tak setia. Menyakiti hati pasangan yang setia.. tergamak diorang buat macam tu..
Aku pernah merasa dan aku tahu dan faham perasaan itu. Perasaan kala hati disakiti. Perasaan yang amat pedih. Sakit sangat. Aku tidak mahu melihat ada kecurangan lagi di depan mata. Aku tidak mahu kawan-kawan aku pun turut merasa apa yang aku rasa. Ya, mungkin ini boleh dikatakan sebagai pengalaman..tapi kalau pengalaman yang sakit macam ni, elakkanlah..
Sejak kebelakangan ni aku rasa tak happy dengan kehidupan aku. Apa yang aku fikir?? Banyak sangat. Sampai aku rasa aku dah ada sindrom kemurungan. Aku tak banyak bercakap dengan orang. Kalau bersembang pun, aku banyak diam dan hanya dengar je.. apa dah jadi dengan aku. Aku perlu jumpa doktor ke?? Aku risau tak tentu pasal. Hati ni rasa berdebar setiap masa. Apa tandanya tu? Aku mengeluh sendiri. Payah nak diceritakan perasaan ini pada orang. Aku sendiri rasa tak menentu. Bingung!
Esok aku rasa macam nak amik mc. Aku nak pegi jumpa doktor. Letih semacam. Aku dah letih. Letih sangat!! Bahagiakanlah aku....
Rabu, Jun 17, 2009 | | 0 Comments
Flowers in My Heart
Untuk kesekian kalinya aku hadir di sini
Di atas muka bumi yang penuh bicara
Dengan permulaan yang indah bagai taman
Hati yang berbunga mekar di taman itu
Tidak akan ada sesiapa yang boleh menyakiti aku
Dan kerana itu, Tuhan bersamaku..
Bahagianya hidup ini
Ku kecapi detik ini bersendiri
Itu lebih sempurna bagiku
Tak mampu ku luahkan lagi
Selami hati ini
Disitu..
Isnin, Jun 15, 2009 | | 0 Comments
Amacam? Ada Bakat Tak??
Untuk itu aku mengundur diri
Sangat tak biasa diri ini di waktu bersendiri
Payah mengharungi sendiri walau ada di sisi
Apa guna mahu bicara kalau itu yang kamu mahu
Aku tidak gentar dengan kamu yang tak setia
Di mana erti cinta sejati yang aku abadi
Dan bila aku kan bertemu insan itu..
Oh..hangat dalam hati bila kan hilang
Sedetik teringat sejuta yang datang
Sangat indah andai begitu mudahnya
Biar lama aku tunggu sampai di situ
Cinta datang dan kembali pergi
Dalam irama dan melodi tersendiri
Mengenal tak jemu bersama
Itulah cinta..
Datang dia dengan sempurna
Buat aku terpaku terpana pada tempat tak tentu
Bisa ubah atau begitu saja
Tanyalah hati dia atau sebaliknya
Kadang-kadang cinta datang tak diundang
Dan terkadang yang diundang itu
Sangat menyakitkan..
Pasrah itu yang benar
Tabah itu yang perlu
Cekal itu yang ada dan punya
Aku tetap aku..
Aku tetap aku..
Dan ada Dia di sisiku...
Khamis, Jun 04, 2009 | | 0 Comments
Langgan:
Catatan (Atom)
visitors counter
About Me
- Edati Karim
- Seri Manjung, Perak, Malaysia
- simple, perfectionist, sensitive, luv fashion & music..


