Mental Betul Lah!
Nape ada orang yang tak setia di muka bumi ni? Kadang-kadang aku bertanya sendiri. Kenapa adanya perkataan tak setia? Kenapa ada sikap tak setia tu?? Bila kita bersama dengan orang lain, untuk satu perhubungan yang dianggap peribadi selain daripada hubungan kekeluargaan yang terbina sejak azalinya itu, kita harus setia pada hubungan yang satu itu. Seperti setianya kita pada Allah swt. Kita juga sepatutnya setia pada perhubungan yang suci. Tapi sekarang, apa dah jadi. Ramainya insan yang tak setia. Menyakiti hati pasangan yang setia.. tergamak diorang buat macam tu..
Aku pernah merasa dan aku tahu dan faham perasaan itu. Perasaan kala hati disakiti. Perasaan yang amat pedih. Sakit sangat. Aku tidak mahu melihat ada kecurangan lagi di depan mata. Aku tidak mahu kawan-kawan aku pun turut merasa apa yang aku rasa. Ya, mungkin ini boleh dikatakan sebagai pengalaman..tapi kalau pengalaman yang sakit macam ni, elakkanlah..
Sejak kebelakangan ni aku rasa tak happy dengan kehidupan aku. Apa yang aku fikir?? Banyak sangat. Sampai aku rasa aku dah ada sindrom kemurungan. Aku tak banyak bercakap dengan orang. Kalau bersembang pun, aku banyak diam dan hanya dengar je.. apa dah jadi dengan aku. Aku perlu jumpa doktor ke?? Aku risau tak tentu pasal. Hati ni rasa berdebar setiap masa. Apa tandanya tu? Aku mengeluh sendiri. Payah nak diceritakan perasaan ini pada orang. Aku sendiri rasa tak menentu. Bingung!
Esok aku rasa macam nak amik mc. Aku nak pegi jumpa doktor. Letih semacam. Aku dah letih. Letih sangat!! Bahagiakanlah aku....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
visitors counter
About Me
- Edati Karim
- Seri Manjung, Perak, Malaysia
- simple, perfectionist, sensitive, luv fashion & music..



0 ulasan:
Catat Ulasan