Share This With Me Ya!
Sesungguhnya Allah tahu apa yang ditakdirkan kepada setiap hambanya. Dan segala-galanya kuasa Dia. Kita sebagai manusia hanya merancang, selebihnya Dia yang tentukan. Jodoh, pertemuan, ajal, maut semua kita tak tahu. Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Kita harus mengerti bagaimana untuk berterima kasih atas kurniaan tu.
Putus cinta?? Aku pun penah rasa apa yang korang rasa sekarang. Situasi yang sama cuma jalan cerita berbeza (mungkin). Mula-mula memang tak dapat terima hakikat kehidupan ni. Aku lalui jugak walau aku sedar aku pada mulanya hampir bunuh diri (tak akan) . Akhirnya aku berjaya lawan segala perasaan yang datang. Aku yakinkan diri yang dia bukan tercipta untuk aku. Aku mungkin ditakdirkan dengan seseorang yang lebih layak untuk bertakhta di hati aku, yang boleh menjaga aku dan boleh membimbing aku.. aku faham perasaan korang sekarang. Tapi aku nak tolong banyak sangat pun tak mampu. Cuma mampu beri nasihat dan pandangan. Selebihnya terserah pada korang. Keputusan di tangan korang sendiri.
Jodoh?? Allah tahu apa yang ditentukan buat hambanya. Aku yakin setiap manusia di muka bumi ini ada bahagiannya tersendiri. Hidup ada suka, ada duka. Ada gembira ada tangisnya. Dan setiap daripada kita akan merasai semua tu. Semua. Seperti aku. Aku pernah rasa duka bila ditinggalkan kekasih yang tak setia. Tapi still gembira sbb aku seorang manusia yang masih ada keluarga yang lengkap walau tidak sempurna segala dan aku mendapat pendidikan yang baik – ke tahap universiti. Korang pun macam tu.. mungkin ini bahagian duka korang di atas muka bumi ni dan sama ada bahagian suka dah dilalui atau belum, aku sendiri pun tak pasti. Yang pasti, bertawakallah pada Yang Satu. Semoga apa jua rintangan dan halangan yang mendatang akan kita semua tempuhi dengan sabar dan keadaan kewarasan itu penting!
Buat masa sekarang memang korang akan rasa sangat tertekan dengan keadaan (bg yg baru putus cinta), tapi korang percayalah yang semua ni sementara je. Pasti! Tipu lah kalau aku cakap dalam masa sebulan dua dah boleh lupa. Sehingga bertahun pun masih akan tinggalkan kesan. Tapi aku kena syukur la, ni bukan penghabisan hidup. Anggap ini sabagai satu permulaan untuk kita teruskan kehidupan yang realitinya tak seindah macam apa yang kita tengok dalam tv atau baca dalam novel. Dan syukurlah yang ada lagi orang yang masih sygkan kita. Walaupun bukan seseorang yang bergelar kekasih.
Kadang-kadang aku pun pikir, kenapa orang buat kita macam ni lepas dia dah buat kita syg sangat pada dia, lepas dah bertahun kenapa dia tinggalkan kita. Apa salah kita semua? kalau nak bandingkan kita dengan maya karin memang jauh beza. Tapi kenapa dari awal pilih kita untuk jadi seseorang dalam hidup dia. Aku tertanya jugak bila dia mula berubah dulu. Aku tanya semua kawan2 yg rapat dengan dia. Tp aku salah. Aku ingat kawan2 dia akan bantu aku. Tapi semuanya tipu aku. Semua cover hubungan dia dengan perempuan tu. Seminggu sebelum Aku convo, aku pegi uum amik jubah. Aku tido kat bilik kwn yang still di uum. Malam tu memang aku nak cakap dengan dia sebab dah lama sangat dia senyap. Aku call dia banyak kali tapi dia tak angkat, dia reject aku punya call. Dia off hset. Aku dah rasa sst, tapi aku try jugak sms dia. Dia balas. Dia tulis macam ni “kita dah takde apa2 hubungan, tolong jangan ganggu saya lagi!” korang fikir sendiri la, seminggu sebelum aku convo dia lepaskan aku tanpa sebab. Nak kata aku ada lelaki lain, tak mungkin sebab aku memang tak berkawan dengan mana2 lelaki pun masa tu. Aku rasa macam bengong gila masa tu. Aku tak sedar aku ada kat mana time tu. Aku tak sedar aku ni siapa. Kawan2 depan aku time tu aku tanya siapa diorang?? Ya Allah..Tuhan je tau perasaan aku time tu. Aku tido dalam keadaan menangis (mungkin korang pun macam tu). Aku tak cerita dekat sesiapa lagi pasal ni tapi aku tahu kwn2 aku dalam bilik tu dah dapat tangkap aku tak macam selalu. Esoknya aku jalan sorang2 pi amik jubah. Patutnya aku pergi dewan tapi kenapa aku sampai ke mall pulak? Macam orang gila je.
Bila jumpa kwn2 yang dah lama tak jumpa, aku buat macam biasa je. Tak mampu nak cerita. Kalau cerita pun diorang boleh bantu apa kan?? (itu yg aku fikir time tu). Memang kosong je hidup tanpa dia. Akhirnya aku cerita jugak pada kwn2 sebab dah tak mampu tanggung sendiri. Syukur, kwn2 banyak bagi moral support. Walupun tak bayak sangat mmembantu, tapi aku tahu diorang bersama aku. emm..masa convo lg lah sedih. Kakak duk tanya je boyfriend ko tak datang ke?? Dalam hati menangis tapi tak tunjuk sbb mak ayah ada. Hakikatnya, dah putus.. masa dalam dewan pun hset dalam poket asyik aku tgk je. Harapnya dia mesej ucap tahniah ke, mintak maaf ke, tak pun, keluar dewan jap lagi dia ada kat luar tp, tak de apa2 pun yg berlaku. Sedih tak rasa?? Kosong je hidup. Convo pun mcm tak best!
Memang susah nak survive hidup sorang diri. Betul klau korang kata luahkan pada kawan tak sama dengan luahkan pada girlfriend atau boyfriend. Tapi dah tak de istilah girlfriend/boyfriend, kawan2 jelah tempat mengadu. Sebulan lepas tu aku dapat mesej dari kwn satu tempat kerja masa kat bangi dulu. Dia mengaku yang dia pernah ada hubungan dengan boyfriend aku. Uuppss..ex-boyfriend. Dan dia hantar gambar bukti yang dia pernah tido dengan boyfriend aku tu (dah delete gambar tu sbb sgt tak senonoh). Dan dia cakap ex-boyfriend aku ni ada ramai awek. Tak sangka kan?? Tuhan tunjukkan bukti yang dia bukan lelaki terbaik buat aku. nasib baik sangat aku tak bodoh mcm kwn aku tu. Sampai sanggup tido sm (mintak simpang). So, mula la hidup baru aku. walaupun lambat nak hepi macam dulu balik, tapi everythings was okey..
Dah hampir 2 tahun jugak la putus dah tak rasa apa2. hepi dengan kehidupan, family, kawan2 yang gila2, kerja, officemates yang tak berapa nak betul ni.. huhu. Best la. Aku harap korang pun macam tu. Kuatkan semangat dan jalani setiap hari dengan perkara2 yg indah je. Dan fikir ayat ni: “Ketika satu pintu kebahgiaan tertutup, pintu yang lain dibuka tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibuka untuk kita”.
Rabu, Julai 29, 2009 | | 0 Comments
Ramadhan Datang Lagi...
Jumaat, Julai 10, 2009 | | 0 Comments
visitors counter
About Me
- Edati Karim
- Seri Manjung, Perak, Malaysia
- simple, perfectionist, sensitive, luv fashion & music..

