Fasting Fighting!

sekejap je rasanya masa berlalu. Hari ni dah 12 hb 8.. emm..dan hari ni adalah hari terakhir aku bayar puasa. Yap. Hari kelapan. Macam tak percaya kan? Hari isnin tu puasa rasa macam nak mati dah tu. Yela, aku tak sahur, pastu , malam sebelum tu aku makan bihun je. Awal pulak tu aku makan. Pukul lapan. Mana tak tak ada tenaga esoknya. Ha..malam tadi aku dah prepare siap2 dah. Aku makan nasi goreng banyak.. sebelum tido aku makan lagi nasi goreng yang tinggal. Pastu bancuh air teh secawan dan minum! Ah, kenyang betul. Hari ni harap2 tak lapar dan tak letih sangat la hendaknya. Em..aku musykil sesuatu la. Officemate aku yang sorang ni. Pempuan la. Dia tak ganti puasa ke? Masa aku start ganti puasa sebulan yang lepas, dia kata dia tak tau bila nak start ganti. Maknanya dia tak ganti lagi la. Then aku tengok dia setiap hari dia tak puasa. Sampai la ke hari ni. Dia kata dia tinggal puasa 9 hari kot. Macam tu la. Tapi bila dia ganti? Nak kata ari ahad, dia sendiri kata puasa masa cuti rasa lama, baik puasa hari bekerja. Masa tahun lepas pun, dia macam ni jugak. Ish, aku malas nak ambil tahu hal orang ni. Tapi aku jadi tertanya2 sendiri la. Sapa nak tolong jawab ni??

Hanya Ingin Kau Tahu

ku tlah miliki rasa indahnya peritku
rasa hancurnya harapku
kau lepas cintaku
rasakan abadi
sekalipun kau mengerti
sekalipun kau fahami
ku fikir ku salah mengertimu
oo..aku hanya ingin kau tahu
masaknya cintaku
tingginya khayal ku bersamamu
ku tlah lalui
waktu yang terseksa kini
di setiap hariku
di sisa akhir nafas hidupku oo..oo..
walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
hanya ada dalam anganku
ku lewati itu..

aku tengah dengar lagu hanya ingin kau tahu by band repvblik ni. Aku tersentuh hati. Aku rasa inilah lagu terbaik yang aku pernah dengar. Bait2 lirik yang sangat puitis ni, ada kaitan dengan aku yang mengharapkan cinta seorang yang bergelar lelaki. Lelaki? Siapa lelaki itu. Dulu ya, ada. Dan aku yakin dengan pilihan aku. Tapi sekarang, setelah dia tinggalkan aku, mungkin tidak akan ada lagi erti cinta sejati bagi aku. Kadan-kadang aku terfikir sendiri, bagaimana perjalanan cinta mereka yang telah bergelar suami isteri. Adakah mereka lalui hari yang tersiksa seprti aku sekarang? Aku tak pasti. Aku tak pernah bertanya tentang itu.

Aku mengharapkan datangnya cinta. Daripada seorang lelaki yang aku tak minta perfectnya dia tu. Memang aku selalu memandang tinggi seorang lelaki yang berjawatan tinggi, segak bergaya dengan persalinan rekaan armani exchanged maybe, atau mungkin prada dan alfred dunhill. Sesekali melintas terbau haruman ermenegildo zegna sambil membimbit beg montblanc atau salvatore ferragamo.. Dan aku sering melirik lama pada jejaka yang menyusur di atas jalan raya berkereta mewah. Bmw? Handa accord? Camry? Ya, aku akui itu. Tapi hati aku tidaklah mengharapkan seseorang seperti yang aku pandang. Aku tidak mengharapkan itu daripada lelaki. Aku mahukan dia. Dia yang sederhana orangnya. Dia yang bersama aku kala susah dan senang aku, kala sedih dan gembiranya kehidupan aku.. dan aku mahu lalui hari-hari bersama dia. Walau siapa pun dia.

Aaarrgghhh.. bosan sungguh hari ni. Bos tak ada dan aku tengah ngantuk ni. Aku nak turun nyembang dgn abg khallil kat bawah macam malas je. Nak pasang radio kuat2 2nd bos tgh buat keje kat bilik sebelah ni. Takut ganggu pulak nanti.

Powered By Blogger

visitors counter

About Me

Foto Saya
Edati Karim
Seri Manjung, Perak, Malaysia
simple, perfectionist, sensitive, luv fashion & music..
Lihat profil lengkap saya

follow me


Template Brought by :

blogger templates