Peyut...
Perut, apasal kau tiba2 sakit?? Apsal setiap hari kau nak sakit? Apsal setiap pagi kau nak sakit??? Bengong betul. Makan salah, tak makan pun salah. Apa nak jadi dgn kau ni perut? Jgn buat aku moody hari ni ye cik perut. Jgn buat aku amik mc hari ni ye.. I want to reduce my mc taken ok.. jgn bt rekod tanpa mc setakat ni pecah ok.. aku kat ofis ni. Baru je sampai. Jam baru menunjukkan pukul 8.15 pagi. Haha.. smlm my 2nd bos cakap dia tak ada kat ofis hari ni. Dia pergi kuala kangsar. Tak tahu lah nak buat apa. Maybe nak uruskan pasal pertukaran dia ke kuala kangsar. Emm..walaupun pagi td aku dah mengira2 nak datang lewat, tapi aku bangun jugak dari tidur yang menyenyakkan itu.. mentang-mentanglah bos tak ada..suka2 hati je aku nak dtg lewat ye.. emm..aku tak macam dulu lg. dulu selalu je dtg lewat.. (tak lah lewat sgt - 8.30 pg). lepas je penilaian tahap prestasi kerja baru2 ni, aku lebih berdisiplin dtg kerja awal. Nak dapat green light lagi.. aku dpt green light lg ok.. sama dgn last year.. tq pada bos2..
aku nak cerita sikit la dekat korang pasal assessment aku hari tu.. my big bos cakap yg baiknye tentang aku, aku ni apa2 hal aku mesti inform dia.. pasal cheque over limit ke.. pasal itu, ini.. tapi mostly yg berkaitan dgn cash and cheque la sbb kerja aku pun mengulit dgn benda2 tu.. (kayo den – kayo ke??). pastu dia cakap aku ni sistematik.. sbb dia selalu tgk aku kerja, bilik aku yg selalu kemas.. haha.. I’m proud.. bangga jugak. Guys..kalau nak cari isteri tolong cari yang pengemas macam aku ye.. haha.. (engong sekejap!) tapi memang aku akui, aku ni tak boleh tgk benda yg bersepah, tak tersusun, berhabuk.. rimas lah. Aku pun heran mcm mana la org2 yg tak pengemas ni boleh hidup dlm keadaan bersepah.. hish.. biarlah. Bukan hal aku tu. Tapi yg tak bestnye tantang aku ni.. aku kena cerita ke? Cerita jelah.. bos2 kata aku angin! OMG!! Yelah..aku angin, angin sgt. Aku ni sikit2 nak marah.. org buat kerja lambat aku marah, org usik aku, aku marah jgk.. aku ni sensitive.. hehe.. yela..dah berapa kali aku mengamuk kat ofis ni.. tapi takpe, itu cerita sebelum2 ni.. lepas ni tak akan angin lagi.. (kot) tapi aku rasa, tak kot.. kuang..kuang..kuang..
Ya, Tuhan lebih mengetahui apa yang ditakdirkan buat setiap hambaNya.. dan aku, hambaNya yg kerdil dan lemah..merancang dan terus merancang.. adakalanya yg dirancang itu sgt menyakitkan.. Terus pergi jauh tersimpang dari landasan perancangan.. dan Tuhan itu Maha Kuasa.. Mengetahui segala sesuatu.. Pencipta Alam.. aku di sini masih merancang..walaupun aku tidak tahu apa babak seterusnya dalam kehidupan aku..terus..dan terus.. memikirkan tentang dia, tentang dia.. siapa dia yang aku fikirkan..? hanya Tuhan saja yg tahu.. perancangan aku di suatu waktu dahulu, pergi meniggalkan aku bersama angin yg jauh pergi.. dan pergi dia kepada kehidupannya yg baru. Mungkin bahgia, mungkin tidak.. aku harap yg baik2 saja (buat aku). mencari terus mencari.. mengenali diri tetapi hanya separuh jalan.. diam tanpa khabar berita mahupun satu baris ayat.. dan yg datang pula terus2 mencuba walau hati ini tidak pernah terbuka dan terlintas untuk dia.. memberi harapan? Jauh sekali.. tidak.. Takdir aku? Hanya Tuhan yg tahu..
visitors counter
About Me
- Edati Karim
- Seri Manjung, Perak, Malaysia
- simple, perfectionist, sensitive, luv fashion & music..


0 ulasan:
Catat Ulasan