Dengar Nak Story

belum ada tanda-tanda aku akan berpacaran buat masa terdekat ni. Huh! Susah betul mencari lelaki zaman ni ye.. mungkin senang lg kot orang gemuk nak cari baju dan seluar (masuk the biggest losser). Aku baru habis baca ruangan kata lelaki dalam majalah EH! Edisi march 2010. tulisan kiriman Muhd Basyar Mustapha. Katanye dia rasa sunyi sebab tak ada teman wanita kala usia awal 20an.. kawan2 dia semua dah ada girlfriend.. si dia sedih la sbb tak ada perempuan nak kat dia. Tapi at last dia cakap yg dia tak bersedia sbb still study. Tak ada duit nak belanja girlfriend kalau keluar nnt. Hehe.. boleh diterima akal alasan dia tuh! Betul..kalau bercinta ni duit mesti habis punye lah.. tak caye? Ini buktinye. Kalau kamu lelaki, kamu masih study dan katakan awek kamu tu pun satu u dgn kamu.. paling2 tidak mesti sebulan sekali nak keluar dari kampus kan? Tak kan nak dating kat cafe hostel je?? Tak privacy lah. Nak tgk wayang baru?? Kena keluar town jugak kan? Rata2 yg masih belajar tak ada transport. So, kena keluar town naik bas. Malu lah kalau keluar naik bas dgn awek, masing2 bayar tambang masing2 kan? Mesti lelaki yg akan bayar. “tak pelah sayang, abg bayar tambang bas ye..” (mungkin dialog nye macam ni). Kalau yg ada motor tu mestilah naik moto. Tapi minyak moto pun nak kena isi right?? Kalau ada wayang dalam kampus tak payah la naik moto. Jln kaki pun boleh.. bila dah sampai shopping complex (selalunye cinema ada kat dalam shopping complex), “abg, kt makan dulu nak? nnt lapar pulak bila tgk wayang..” huh! Aku baru nak berjimat (kata lelaki). “ok jugak tu, abg pun lapar..” paling2 tidak makan kat kfc tak pun mcD.. kurang2 kena la dalam rm20.. beli tiket wayang utk 2 orang rm 20.. lepas habis tgk wayang takkan nak balik terus kan? Jln2 dulu.. dah jln2 tu nampak pulak teddy bear.. “cantiknye..comelnye..” kata perempuan yg rata2 kalau keluar ayat tu dalam hati dia mesti ckp “harap2 dia belikan utk aku”.. yg lelaki pun belikanlah.. teddy bear yg kecik rm 39.90.. ~ rm 40.00. jalan2 lagi, tiba2 nak terkencing.. sbb sejuk dalam wayang td.. :abg mintak 20sen (ada lg ke toilet rm 20sen??) pun kena bg 20sen.. hah! Tgk, dah berapa habis sekali keluar? Kalau yg dah bekerja tu no hal lah setakat abih rm100 sehari keluar dating.. kalau yg masih study ni, duit pun ptptn bagi, cukup2 utk belanja dan beli buku je tau.. +tiket bas balik kg time cuti sem + (duit assingment x 6 subjek satu sem).. kopak den kata lelaki..

tak payah la akhir kata.. mungkin ko boleh belanja air sirap dari cafe hostel mu itu saja ye.. tp aku dah bekerja. Aku perempuan yg berdikari. Ada kerja, ada duit sendiri, ada kereta sendiri, minyak isi sendiri, kalau sakit pergi klinik sendiri, company bayar bil klinik.. tak keluar duit sendiri.. keluar dgn kawan2 sebulan 2-3 kali, tgk wayang bayar sendiri, beli baju ukur di badan sendiri, segala2nye sendiri. Tapi nape lelaki tak nak datang kat aku? Diorang takut sebab aku ada degree? Ko ada SPM je? Ada aku kesah?? Kesah la jugak.. pendek kata (panjang duk senyap je..) lelaki penakut sbb tak berani try aku. Haha.. ada bran?? Tak kan? Boleh jalan..

0 ulasan:

Powered By Blogger

visitors counter

About Me

Foto Saya
Edati Karim
Seri Manjung, Perak, Malaysia
simple, perfectionist, sensitive, luv fashion & music..
Lihat profil lengkap saya

follow me


Template Brought by :

blogger templates