merepek di waktu pagi

Kpli dan dpli keluar lagi. Aku tak jemu nak apply. Tp aku jemu kalau tak dapat. For the first time aku apply for kpli and third time for dpli. Hish.. dah byk. Tp ada lg byk drpd aku kan? Kali ni tak tahu lah aku dapat ke x. Malangnye nasib aku kalau kali ni pun tak lepas lagi. Tak nak lah taruh harapan. Ni rahsia. Aku tak bgtau pun kat mak pasal ni. Nnt dia taruh harapan aku dapat, once bila tak dapat dia kecewa. Waa...sedihnye kalau buat mak kecewa lg.. ampun mummy. I’ve tried my best. Tp luck tak menyebelahi. This time i cuba lg ye mummy. Oh Tuhanku, berikanlah aku semangat dan kekuatan untuk menghadapi apa2 di depan nnt. Exam and interview (hopefully). Murahkanlah rezeki aku dan keluargaku Ya Allah.. kawan2 aku pun apply jgk. Izma yg dah keje bsn tu pun apply – jumpa dia kat bsn lumut. Baru tau dia keje kat situ. Engong shida, kata aku dah tukar no fon. Padahal aku ni still gn no yg sama sejak bertahun2 dulu. Ko ingat aku nak lari dari sapa2 ke yg nak tukar no fon. Org yg selalu tukar no fon ni mesti nak lari drpd sesape. Boyfren ke, “along” ke.. tak pun pihak bank. Haha (hutang tak bayar). Oh sedih betul mengenangkan nasib. Nasib baik...

Ari tu keluar dgn kengkawan lama.. hasnidar ngan wani dan my bff shita and fizah. Huhu. Melalut cerita sampai tak sedar dah pukul 12 tgh malam. Ah..malam masih muda. Muda mcm usia kami yg dah 25 tahun. Huhu. Setengan dekad. Dekad tu berapa tahun ye?? Abad tu berapa tahun pulak?? Itu menunjukkan yg kami dah lama meninggalkan alam persekolahan – matematik. Bodoh sekejap. Tp jumpa lepak2 minum pun boleh pulak ada idea nak pergi holiday ke pulau perhentian and pulau redang.. oh seronok memikirkan yg aku boleh post kat profil facebook aku “packing up all my things and yahoo holiday again” again! Dan byk2 la komen nnt “ko ni asyik bercuti jer..” bak kata nasir ppk. Huda pulak “ korang nak pergi mana lagi ni..asyik berjalan jer..” oh huda, alangkah bagusnye kalau u boleh ikut ktorg sekali. Tapi kau dah jadi milik orang.. (walaupun belum mutlak lagi permilikan dia terhadap engkau huda). Dan dah tentu2 annual leave aku akan berkurangan 2-3 hari. Hilang lagi cik edati kita di ofis ye.. kak mul, replace me ye! Oh sekali lagi, kak mul ku yg sangat baik hati. Bende kecik je katanye.. alhamdullah.. tapi bukan sekarang nak cutinye.. bulan 6 nnt. Kak mul, bersalin dulu ye.. i tunggu u abis pantang baru i boleh cuti. Oh tidak lama cuti ku. 2-3 hari je.. bukan 2 bulan seperti mu yg bersalin. Alangkah indah bersalin itu kerana cuti yg bg aku 2 bulan tu tak tahu nak buat apa kat rumah. Tp bg ibu2 yg baru bersalin, aku pun tak tahu. Menyusukan anak maybe. Perit tahan sakit bersalin – kena rehat cukup2.

Hari ni hari sabtu yg cukup2 bosan bagi aku. Nak balik rumah tak tahan panas. Aku puteri lilin yg mana aku tak boleh duduk dalam kereta selama 5 minit kerana kereta itu tidak ada air-cond! Oh no! Macam mana lah aku boleh tahan dengan sikap kereta wira ayah aku tu. Kereta wira dapat tahu aku beli kereta baru jd dia pun protes terhadap kami sekeluarga. Kami bukan melupakan jasamu wahai wira. Cuma nak bagi ko bini semoga lepas ni bertambah-tambahlah anak2 kereta di rumah aku yg akhirnye jadi besar2 belaka sebesar alza. Huhu. Malaysia + malaysia = malaysia. Tidak akan keluar anak jepun (honda – idamanku) mungkin boleh dapat kacukan nnt kalau anak kereta kawin dgn anak jepun. Apa yg aku merepek ni aku pun tak tahu. Sebab itu aku kata hari sabtu yg bosan. Kalau tidak aku tidak akan merepek kerepek macam ni. Kerepek? Sedap jugak kalau dapat kudap2 hampir2 tengah hari ni.. tak boleh (sakit rahang).

Apakah yg aku buat semalam. Aku tengok blog org. Inibelogsaya by hanis zalikha. Oh-so-chic! Hanis yg sangat cantik ku ingat org2 biasa tetapi model rupanye. Aku rasa aku pernah jumpa dia (dalam magazines). Antara 50 blog terbaik di malaysia – pilihan in-trend. Blog aku yg kelam- kabut seperti kabus kapas berterbangan ke udara (merepek kerepek lagi). Jauh nak sampai mcm hanis tu. Ter inspired by her – oh rambut yg cantik panjang megurai. Body mu yg kurus tinggi macam aku. Haha (aku kering). Gaya yg cun2 cap bihun (bak kata frankie). Hanis zalikha yg bertuah.

Apa lagi yg nak cerita di sini. Kalau cerita paal org2 lain silap2 jadi kutukan nnt. Oh tidakkk...! aku kena ucapkan bye dulu. Nnt aku terkutuk org kena saman pulak. Tak dak duit nak byr peguam. Hikhik (bak kata mamu-mesti mari). Ok lah cau dulu.. daaa..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku gelak kuat baca part kereta tuh..ko kutuk kete ayah!!~

Powered By Blogger

visitors counter

About Me

Foto Saya
Edati Karim
Seri Manjung, Perak, Malaysia
simple, perfectionist, sensitive, luv fashion & music..
Lihat profil lengkap saya

follow me


Template Brought by :

blogger templates