1st Anniversarry

Assalamualaikum. 



Lamanye tak update blog. Jenguk pun tidak. Nak kata sibuk, takde lah sibuk mana sgt. Tp yelah, sejak pindah rumah lepas kawen, jarang sangat dpt berinternet. Sebabnya kawasan yg saya duduk tu, jenuh lah dia punya line. Mmg mcm siput. Saya kalau buat kerja mesti nak cepat-cepat siapkan. Memang tak suka lambat-lambat. Dah kalau nak buka facebook pun ambil masa 10 minit, adoi, tak payah lah mak jemah rasa. Jadi, galaxy tab yang suami belikan sempena hadiah perkahwinan setahun yg lepas ni hanya boleh dipakai di office dan di rumah mak aje. Makanya bila kata di office takkan lah nak berinternet saja kan. Keja tak pernah putus. Setiap hari mengadap nombor-nombor bikin kepala berpusing sampai rasa nak hantuk-hantuk kat meja. 



Dua hari yang lepas, 16 September 2012, adalah ulangtahun perkahwinan kami yg pertama. Tak ada celebrate bagai. Cuma ada makan-makan besar dengan family tercinta. Alhamdulillah, setahun berkahwin banyak yg saya belajar utk memahami suami. Masa mula-mula dulu, ya ampun, susah nak paham orang lelaki ni. Kita ni duk la make sure rumah tak bersepah. Yang dia ni stoking sepasang yg dah dipakai pun payah nak tengok dia masukkan dalam bakul baju kotor. Adoii laki aku! Tak pa, selagi tak dak anak boleh dia manja-manja gini. 



 InsyaAllah hujung tahun ni kami dapat baby girl. Sudah scan minggu lepas. Bestnya dapat baby girl. Suami memang tak kisah anak lelaki atau perempuan, janji sihat. Tp awal-awal dia pilih nama baby boy. Katanya nak letak nama Izzul Islam yang bermaksud kemuliaan Islam kalau anak lelaki. Kuasa Allah, keinginan saya sejak awal pregnant nak anak perempuan dimakbulkan. Alhamdulillah, bahgia.




Setahun yang lalu...


Selepas setahun..masih berdua.

0 ulasan:

Powered By Blogger

visitors counter

About Me

Foto Saya
Edati Karim
Seri Manjung, Perak, Malaysia
simple, perfectionist, sensitive, luv fashion & music..
Lihat profil lengkap saya

follow me


Template Brought by :

blogger templates