Barang Keperluan Baby
Assalamualaikum.
Kalau nak diikutkan hari memang belum cukup kandungan 7
bulan. Lagi 2 hari baru genap 7 bulan. Tapi masa yang ada untuk shopping
barang-barang baby cuma hari ahad. Ye, sebab sabtu pun saya dan suami kerja. Suami
half day, tapi saya sama jugak dengan hari-hari yang lain. Pukul 4 petang
paling awal boleh balik. Ko hado? Ok, disebabkan esok hari ahad, dan ngam-ngam
hujung bulan, kira ngam-ngam jugaklah masuk 7 bulan baby ni, so saya dan suami
nak shopping barang-barang baby!!! Yahooo! Mak jemah suka nok. Bukannya apa, saya
ni berangan-angan nak beli barang baby sejak belum kahwin lagi. Sapa tak suka
tengok baju baby yang comel kiut miut tu? Tambah-tambah baju baby girl. Kan? Tapi
time tu nak beli untuk sapa. Nak beli untuk simpanan hari muka ntah bertemu
jodoh entahkan tidak kan. So kalau
dengar kawan-kawan yang dah kawin dapat baby, time tu la ambil kesempatan pegi
beli untuk hadiahkan. Puas skit hati. Selalu pegi pasaraya atau kedai barangan
baby yang selalu tengok mestilah bajunye. Tapi dekat-dekat nak masuk 7 bulan
hari tu, saja la pegi tengok betul-betul. Then saya tertanya sendiri ni benda
apa ni?? Sebab saya tak tau fungsi benda tu untuk apa. Saya ni kalau nak tau
apa-apa suka nak google je. Maklumlah, teknologi di hujung jari saja. Lepas google
‘BARANG KEPERLUAN BABY’ ohhh!!! Saya baru tau rupa-rupanya barang baby baru
lahir bukan setakat baju, tilam dan bedak je. Ada banyak wooo.
Jadi bila dah tengok-tengok di internet, mudahlah nak buat
list barang. Kalau tak tau tu barang apa, google image tengok benda tu macam
mana. Mudah sangat. Mak jemah yang jakun ni pun dah expert kot. Walah gitu. Bila
list dah siap, saya hulurkan kat suami. The first thing yang keluar dari mulut
dia, “banyaknye..”. Kau baru tau banyak. Hehehe. Itu lah sebab saya halang
suami dari beli motor baru. Bayangkanlah dia nak motor besar yang ala-ala
Velentino Rossi pakai tu. Suami ko hado berangan macam tu. Saya cakap kat suami
boleh beli tapi tunggu anak masuk sekolah dulu. Tapi sejak-sejak dia tengok
list barang baby tu tak ada lah pulak dia cakap-cakap pasal motor lagi. Kuss semangat.
Ok, saya share la jugak kan senarai barangan baby yang saya
dah list out kan. Ada yang betul-betul kena beli, ada yang tak payah beli pun
takpe. Ikut kemampuan dan keperluan.
PAKAIAN BABY
1.
Baju lengan pendek
2.
Baju lengan panjang
3.
Seluar pendek
4.
Seluar panjang
5.
Rompers
6.
Mittens & booties
7.
Topi
8.
Hair band (sebab anak pempuan nak jugak!)
9.
Baby bip
10.
Sapu tangan
11.
Selimut baby
12.
Tuala baby
13.
Bedung
14.
Barut
KEPERLUAN BABY
1.
Set tilam baby
2.
Kelambu baby
3.
Baby car seat
4.
Breast pump
5.
Sterillising tablets
6.
Botol susu 3 saiz (BPA FREE)
7.
Breast milk storage bottle
8.
Puting botol susu
9.
Liquid cleanser for bottles
10.
Bottle & nipple cleaning brush
11.
Penyangkut baju berklip
12.
Penyangkut kecil
13.
Bakul baju baby
14.
Bakul baby care & grooming
15.
Bakul mandian baby
16.
Bakul baju kotor
17.
Bottle holder / warmer
18.
Beg pakaian baby
19.
Steriliser container
DIAPERING
1.
Napkin
2.
Diapers (new born)
3.
Changing mat
4.
Baby pin
5.
Liquid detergent (untuk baju baby)
6.
Diaper bag
BABY CARE & GROOMING
1.
Bedak baby
2.
Losyen baby
3.
Baby oil
4.
Baby bath
5.
Baby shampoo
6.
Baby bath tab
7.
Baby bath mat
8.
Baby wipes / wet tissue
9.
Tissue
10.
Baby nail clipper set
11.
Sikat baby
12.
Cotton buds
13.
Cotton balls
14.
Nappy rash cream (PUREEN)
15.
PUREEN rekito mosquito repellent liquid
16.
Nasal aspirator (tiub untuk sedut hingus)
17.
Minyak telon / minyak yuyi
18.
Vicks
19.
Syringe for medicine
20.
Termometer
21.
Methylated spirit (dibekalkan oleh hospital)
OPTIONAL (TAK BELI PUN TAKPE)
1.
Stroller
2.
Bouncer
3.
Electric steam steriliser (BPA FREE)
4.
Electric bottle warmer
5.
Nipple cream
6.
Play pen
7.
Baby cot
8.
Buaian & kain buaian
9.
Susu tepung (tak payah lagi)
10.
Tupperware susu
11.
Nappy liner
12.
Baby toothbrush (untuk gusi baby)
KEPERLUAN IBU
1.
Kad lawatan hospital (kad merah)
2.
IC
3.
Phone / kamera
4.
Baju / blouse yang ada bukaan depan
5.
Stoking
6.
Kain batik
7.
Barut
8.
Set bersalin (jamu)
9.
Tungku
10.
Breast feeding bra
11.
Underwear
12.
Breast pad / nursing pad
13.
Strech mark cream
14.
Kerusi toilet
15.
Maternitypad / pad biasa
16.
Selipar
17.
Skaf kepala / tudung
18.
Peralatan mandi
19.
Tuala mandi
20.
Tuala muka
21.
Air . minyak selusuh
22.
Minyak angin
23.
Air zam-zam
& air yassin
24.
Air masak / susu / milo / kurma / biskut
25.
Termos air panas
26.
Baju sejuk
27.
Sikat & bedak
28.
Yassin & majalah
29.
Beg baju
30.
Beg plastik
Bie..berapa budget untuk semua ni???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
visitors counter
About Me
- Edati Karim
- Seri Manjung, Perak, Malaysia
- simple, perfectionist, sensitive, luv fashion & music..


0 ulasan:
Catat Ulasan